Tarikh & Hari 24 Mac 2018 (Sabtu) 
Masa 10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  :   Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 3 Orang 

 

Tujuan 

Tiga orang pelajar sekolah menengah menggunakan 'Google Translate' di dalam salah satu kaedah pembelajaran dan pemahaman awal bagi subjek yang dipelajarinya. Ini merupakan salah satu kaedah dengan menggunakan teknologi selain daripada menggunakan kamus. Namun, dalam masa yang sama pelajar masih merujuk kepada kamus bagi memastikan ketepatan maklumat yang diperolehi daripada 'Google Translate'.

 

Aktiviti 

Peserta memohon bantuan petugas untuk menunjuk ajar bagaimana penggunaan papan tetikus di dalam bahasa Arab dan penggunaan pencarian maklumat dengan bantuan 'Google Translate' . Dengan penggunaan 'Google Translate', pelajar berjaya memahami kandungan soalan dari guru dan dapat menjawab segala persoalan yang perlu dihantar pada minggu hadapan. Terdapat juga pelajar yang menggunakan telefon pintar dan ada juga yang menggunakan netbook 1Malaysia yang dipinjam di Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat.

 

Gambar Di Sini