Tarikh & Hari | : | 18 Mei 2018 (Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang wanita ingin menjana pendapatan untuk mencari duit raya lebih pada tahun ini. Petugas mencadangkan agar beliau menggunakan platform e-Rezeki untuk memberi pilihan kepada usahawan memilih cara untuk menjana pendapatan melalui majikan yang terdapat di dalam laman web e-Rezeki ini.
|
Aktiviti |
Peserta mendaftarkan diri melalui laman web e-Rezeki bagi melayakkan beliau untuk mengikuti program penjanaan pendapatan melaluinya. Setelah didaftarkan, peserta akan melengkapkan maklumat berkaitan diri untuk profil e-Rezeki sebelum bermula pemilihan kerja digital yang dikehendaki. Setelah itu, peserta diberi penerangan berkenaan kerja-kerja yang terdapat di dalam platform e-Rezeki dan membuat sebuah kerja yang mudah untuk percubaan dan pemahaman.
|
Gambar Di Sini |