Tarikh & Hari  21 Mei 2018 (Isnin) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Tempat  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  2 orang 

 

Tujuan 

2 orang pelajar sekolah menengah menggunakan enjin carian sebagai suatu kaedah untuk mencari maklumat berkaitan folio sejarah yang telah diberi tugasan oleh gurunya. Dengan kaedah pencarian maklumat yang betul, maklumat boleh didapati dengan lebih cepat dan banyak. Gambar juga merupakan tugasan yang perlu diselesaikan oleh pelajar ini untuk dilengkapkan di dalam folio sejarah mereka.

 

Aktiviti 

Peserta meminta bantuan petugas untuk membantu mereka dalam menggunakan enjin carian dengan kaedah yang betul dan pantas agar mereka mendapat maklumat dari sumber yang betul. Carian gambar juga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan lagi maklumat yang telah dicari supaya folio mereka lengkap dan penuh maklumat. Folio sejarah yang mereka perlu siapakan adalah berkaitan dengan tempat tinggal mereka. Gabungan dari maklumat yang telah diperolehi dari orang kampung sekitar di tambah pula dengan maklumat dari sumber di enjin carian, maka mereka dapat menghasilkan folio sejarah tingkatan 3.

 

Gambar Di Sini