Tarikh & Hari  28 Jun 2018 (Khamis) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  4 orang 

 

Tujuan 

Empat orang pelajar sekolah menengah telah datang ke Pusat Internet untuk membuat latih tubi yang telah diberikan oleh guru Sains mereka. Latih tubi tersebut dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang yang telah diberikan oleh guru mereka. 

 

Aktiviti 

Pelajar diberi bantuan dan tunjuk ajar bagaimana untuk memasukkan laman sesawang yang telah diberikan oleh guru mata pelajaran mereka untuk membuat latih tubi secara atas talian. Sebelum mereka menjawab soalan, mereka perlu mendaftar akaun masing-masing menggunakan emel mereka. Setelah berjaya mendaftar, baru pelajar tersebut dapat menjawab soalan tersebut. Guru mereka memberikan ruang untuk pelajar berbincang semasa menjalankan latih tubi secara atas talian namun, jawapan perlu dijawab sendiri oleh pelajar setelah selesai berbincang. Ini dapat meningkatkan pemahaman dikalangan mereka dan menggalakkan mereka memberikan pendapat dan apa yang difahami bagi subjek tersebut. 

 

Gambar Di Sini