Tarikh & Hari 19 Julai 2018 (Khamis) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  15 orang 

 

Tujuan

Seramai 15 orang pelajar Sekolah Menengah Unwanus Saadah mempelajari penggunaan MS Office Excel bagi subjek Asas Perakaunan dengan bimbingan Guru Subjek iaitu Cikgu Abu Samah untuk menghasilkan dokumen perniagaan dan rekod perniagaan. Pelajar yang mengikuti kelas ini merupakan pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 dan mereka perlu menyiapkan folio bagi subjek yang mereka ambil ini. Guru subjek membantu pelajar yang mempunyai masalah dalam memahami penggunaan MS Office Excel.

 

Aktiviti 

Pelajar bersama Guru Subjek bersama-sama menghasilkan perekodan perniagaan berdasarkan kepada buku teks bagi membuatkan pelajar memahami cara perekodan menggunakan MS Office Excel tanpa ragu-ragu dan takot- takot. Kebanyakan dari pelajar yang mengikuti kelas ini, risau tersalah tekan, tersalah tarik dan pelbagai lagi kerisauan berkenaan penggunaan MS Office Excel. Guru menunjukkan cara yang betul dan menarik bagaimana penggunaan MS Office Excel ini akan memudahkan mereka dalam menyiapkan perekodan perniagaan berbentuk folio.

 

Gambar Di Sini