Tarikh & Hari | : | 20 Oktober 2018 (Sabtu) |
Masa | : | 8.30 pagi - 2.30 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 19 orang |
Tujuan |
Seramai 19 orang usahawan di kalangan Industri Kecil Sederhana (IKS) kawasan Dun Morib mengikuti Bengkel Keusahawanan AgroBazaar Online yang dijalankan di Pusat Internet Kanchong Darat dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya(PWB) Dun Morib. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dikalangan ushawan dengan modul-modul yang diterangkan oleh pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), En Ahmad Fauzee Mohd Ali. |
Aktiviti |
Peserta terlibat pada mulanya diminta untuk membawa logo syarikat masing-masing namun masih ada yang tidak membawa logo kerana tidak mempunyai. Tetapi, penceramah mengambil inisiatif untuk bersama-sama peserta untuk menghasilkan logo sendiri dengan menggunakan aplikasi canva.com. Masa yang diambil oleh peserta untuk menghasilkan logo syarikat mereka adalah sebanyak dua jam. Kemudian, baru usahawan diperkenalkan dengan sistem AgroBazaar Online dengan perlu melengkapkan maklumat produk, logo dan gambar produk serta keterangan yang diperlukan. Sekiranya terdapat kesilapan, produk mereka tidak akan dipaparkan ke dalam sistem tersebut. |
Gambar Di Sini |