Tarikh & Hari 5 Disember 2018 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta  2 orang 

 

Tujuan 

Dua orang dewasa menghadirkan diri ke Pusat Internet Kanchong Darat bagi mendaftarkan diri mereka untuk nikah di negeri Selangor. Proses untuk menikah di negeri Selangor adalah pemohon dan pasangan perlu memohon melalui sistem iaitu http://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new. Bakal pengantin lelaki dan wanita masing-masing perlu memiliki akaun tersendiri untuk menggunakan sistem ini.

 

Aktiviti 

Petugas memberikan penerangan berkenaan penggunaan sistem Nikah, Cerai dan Rujuk melalui laman sesawang ini http://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new iaitu pemohon perlu mengambil tahu kata nama dan laluan sama ada menulis di kertas atau menyimpannya di telefon bagi memudahkan pemohon pada masa hadapan. Hal ini kerana, ramai yang kurang mengambil berat mengenai kata nama dan kata laluan lalu menyerahkan bulat-bulat kepada petugas dengan andaian mereka mendaftarkan di sistem di PI Kanchong Darat dan petugas tahu apakah kata laluan dan kata nama mereka. Pemohon memahami perkara tersebut dan mengambil serius perkara itu. Setelah berjaya mendaftarkan diri melalui sistem, pemohon dan pasangan mengisi maklumat yang diperlukan oleh sistem. Dan setelah siap mengisi, mereka dikehendaki untuk mencetak borang permohonan pernikahan tersebut.

 

Gambar Di Sini