Tarikh & Hari | : | 13 Febuari 2024 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : | NaDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Kelas ini bertujuan membantu peserta membuat permohonan pekerjaan dalam sektor awam melalui portal SPA. Bagi peserta yang baru pertama kali mengisinya, peserta perlu membuat pendaftran baru terlebih dahulu. |
Aktiviti |
Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai butiran yang diperlukan untuk mendaftar secara online melalui portal SPA. Peserta perlu mengisi maklumat diri, maklumat akademik, ko-kurikulum, maklumat tambahan sekiranya ada, jawatan yang ingin dimohon, pengakuan pemohon serta semakan permohonan. Permohonan jawatn kosong sebagai penjawat awam adalah mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. |
Tarikh & Hari | : | 11 Febuari 2024 (Ahad) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar melakukan aktiviti di luar kelas supaya dapat menguji minda peserta dengan ilmu dan suasana yang baharu. |
Aktiviti |
Aktiviti Stem Iot iaitu Popsicle Stick Catapult dengan menggunakan bahan seperti batang aiskrim, getah dan sudu plastik. Peserta berjaya melakukan tugasan dengan baik atas bantuan petugas PEDi. |
Tarikh & Hari | : | 08 Febuari 2024 (Khamis) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tenghari |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Bengkel fotografi dan sunting gambar ini dijalankan untuk membimbing usahawan tempatan bagaimana cara-cara mengambil gambar menggunakan telefon pintar dengan cara yang betul dan lebih menarik. Hasil daripada bengkel ini, peserta sudah faham dan mahir menggunakan tetapan telefon pintar masing-masing seperti penggunaan grid, kecahayaan dan subjek gambar dan mengedit gambar. |
Aktiviti |
Peserta bengkel diberi taklimat tentang penghasilan gambar yang terbaik. Kemudian peserta diberi tunjuk ajar semasa menjalankan sesi amali fotografi produk dan pengeditan gambar. |
Tarikh & Hari | : | 10 Febuari 2024 (Sabtu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Peserta seramai 10 orang telah membuat latihan Rapid Typing berdasarkan modul yang telah disediakan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam menaip dan menggunakan segala fungsi asas di dalam laman web typing jump. Membolehkan peserta berlatih menaip dengan pantas. |
Aktiviti |
Peserta menggunakan laman web typing.com bagi mempelajari asas menaip dengan betul. Setiap peserta menaip mengikut tahap-tahap yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Peserta telah diberi penerangan tentang cara-cara untuk menaip mengikut modul yang di sediakan oleh petugas. Peserta diberi kebebasan untuk menggunakan kreativiti masing-masing. |
Tarikh & Hari | : | 06 Febuari 2024 (Selasa) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Bertujuan untuk memudahkan peserta bagi menyemak atau melihat rekod terkini sesuatu maklumat seperti Mysejahtera, Myjpj dan lain-lain. |
Aktiviti |
Peserta hanya perlu memuat turun applikasi yang diingini didalm playstore dan memuat turun. Selepas itu, peserta hanya mengemaskini maklumat diri sebagai contoh nombor telefon bimbit, maklumat diri dan sebagainya. |