Tarikh & Hari  06 Januari 2024 (Ahad) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  3 Orang 

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PEDi serta mempromosi kelas ICT secara percuma untuk ahli yang berdaftar. Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di PEDi. Kelas stem iot ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Kelas ini dapat mempelajari sains secara atas talian.

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan adalah melengkapkan sains seperti asal. Selain itu, peserta akan membiasakan diri dengan penggunaan tetikus semasa menjalankan aktiviti tersebut. Peserta membuka laman web puzzles math dan mencantumkan mengikut bentuk yang betul.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  06 Januari 2024 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 

Seramai 2 orang pelajar sekolah menengah telah menyertai latihan Stem IoT berdasarkan modul asas penganturcaraan JavaScript yang telah disediakan. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih peserta agar mahir dalam menaip, mengikut arahan dan menggunakan segala fungsi asas di dalam laman sesawang tersebut.

Aktiviti 

Peserta menggunakan lama sesawang codecombat.com bagi mempelajari asas penganturcaraan JavaScript dengan betul. Setiap peserta menaip mengikut tahap-tahap yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Peserta telah diberi penerangan tentang cara-cara untuk menaip mengikut modul yang di sediakan oleh petugas. Peserta diberi kebebasan untuk menggunakan kreativiti masing-masing.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  25 Disember 2023 (Isnin) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Mempromosikan perkihdmatan dan keberadaan Pusat Internet Komuniti Kanchong Darat. Seterusnya mempelajari cara mendaftar perniagaan secara online di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Selain itu dapat mengembangkan perniagaan usahawan tempatan.

Aktiviti 

Pendaftaran lesen SSM menggunakan sistem EZBIZ sangat pantas dengan hanya mengikut langkah pertama iaitu renewal selection, langkah kedua business detail, langkah ketiga make payment dan langkah yang keempat iaitu print sijil SSM.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  04 Januari 2024 (Khamis)
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  PEDi Kanchong Darat
Peserta  1 Orang

 

Tujuan 

Seorang usahawan telah datang ke PEDi Kanchong Darat kerana ingin mempelajari menggunakan Ms Word Office, peserta berjaya menghasilkan surat rasmi yang diperlukan menggunakan Micsoft Word Office. Peserta menaplikasikan kemahiran dan Microsoft Word Office.

Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang langkah-langkah membuat kertas kerja dan surat dengan menggunakan Ms Word Office. Peserta akan diajar tentang langkah-langkah menggunakan tool-tool yang terdapat di dalam Word untuk memberikan penarikkan didalam kertas kerja dan surat peserta. Peserta menaip surat rasmi dengan bantuan petugas bagaimana untuk memasukkan logo persatuan dan format surat rasmi. Peserta juga perlu menghasilkan kertas kerja bagi memohon penajaan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  24 Disember 2023 (Ahad) 
Masa  10.00 - 12.00 tengahari
Lokasi  PEDi Kanchong Darat 
Peserta  5 Orang 

 

Tujuan 

Peserta dapat idea untuk menghasilkan seni poster mengikut kreativiti. Peserta diberi penerangan mengenai cara menghasilkan lukisan poster yang cantik dan kemas.

Aktiviti 

Memberi pengalaman baru kepada peserta untuk berkreativiti dengan menggunakan pensel warna.

Gambar Disini