Tarikh & Hari | : | 17 Disember 2021 (Ahad) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Taman Harmoni |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar melakukan aktiviti di luar kelas supaya dapat menguji minda peserta dengan ilmu dan suasana yang baharu. |
Aktiviti |
Aktiviti Stem Iot iaitu Popsicle Stick Catapult dengan menggunakan bahan seperti batang aiskrim, getah dan sudu plastik. Peserta berjaya melakukan tugasan dengan baik atas bantuan petugas PEDi. |
Tarikh & Hari | : | 16 Disember 2023 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Eksplorasi media baru seperti Facebook dan aplikasi LinkTree untuk meluaskan perniagaan dan kemahiran keusahawanan melalui digital. Mempelajari dan mendedahkan secara menyeluruh tentang ciri-ciri kepenggunaan aplikasi LinkTree dalam dunia perniagaan selain berkongsi dan mengajar usahawan cara-cara untuk menyediakan satu akaun perniagaan dalam LinkTree. |
Aktiviti |
Peserta menggunakan fasiliti PEDi untuk melakukan bengkel keusahawanan atas talian. Melayari aplikasi LinkTree. Membuat satu akaun LinkTree. Membuat satu profil perniagaan di LinkTree(Termasuk link Whatsapp, Facebook, Instagram, Shopee, TikTok, dll. |
Tarikh & Hari | : | 09 Disember 2021 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan bengkel ini diadakan supaya pelajar dapat mempelajari mengenai pembelajaran online dalam subjek bahasa melayu lisan di laman sesawang. Dengan ini dapat membantu pelajar sekolah mencari video berkenaan dengan pembelajaran di sekolah. Selain itu membantu mencari video ilmuan dan mendapat pengetahuan luas. |
Aktiviti |
Peserta membuka laman sesawang Youtube dan membuka video mengenai pembelajaran online dalam subjek bahasa melayu lisan dan dibantu oleh petugas. |
Tarikh & Hari | : | 12 Disember 2023 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | PEDi Kanchong Darat |
Peserta | : | 5 Orang |
Tujuan |
Komuniti sekitar Kanchong Darat dijemput untuk mengemaskini maklumat peribadi bagi STR. Tarikh pengemaskinian maklumat peribadi ini telah dilanjutkan. |
Aktiviti |
Komuniti perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan menjawab soalan keselamatan bagi membolehkan mereka untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka melalui laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Tarikh & Hari | : | 07 Desember 2023 (Khamis) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | NADI Kanchong Darat |
Peserta | : | 6 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu ibubapa yang ingin mengemaskini maklumat anak mereka ke tahun 1 untuk sesi 2024/2025. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mengambil insiatif untuk mengadakan satu bengkel pendaftaran tahun 1. |
Aktiviti |
Petugas Pusat Internet menerangkan cara pengisian pendaftaran tersebut. Petugas PEDi menerangkan terperinci untuk bahagian kesihatan yang perlu ibubapa mengisi. Petugas menerangkan cara untuk mencipta kata laluan yang diperlukan. Memberi pendedahan kepada ibubapa yang tidak mahir dalam IT kepada pengenalan ICT kepada mereka. Memberi pendedahan kepada cara pengisian pendaftaran secara atas talian. Melahirkan pengguna yang celik ICT dikalangan ibubapa. |