Tarikh & Hari | : | 10 Febuari 2019 (Ahad) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 orang |
Tujuan |
2 orang penduduk kampung telah datang ke Pusat Internet untuk membuat permohonan secara atas talian (online) Sumbangan Pendidikan ZAKAT Anak Selangor bagi pelajar-pelajar sekolah. Memudahkan para pelajar khususnya umat islam Negeri Selangor untuk memohon bantuan ZAKAT dari Lembaga ZAKAT Selangor. Para pengguna dapat menyemak status permohonan dengan lebih mudah dan cepat. |
Aktiviti |
Para pengguna terlebih dahulu melayari melalui laman sesawang (zakatselangor.com) dan membaca manual panduan permohonan bantuan yang ingin dimohon. Selain itu, pengguna mendapat tunjuk ajar dari Petugas PI untuk membantu melengkapkan permohonan bantuan ZAKAt tersebut. Pemohon perlu melengkapkan sebanyak 5 bahagian maklumat permohonan sebelum dihantar secara atas talian (online) dan dicetak. |
Tarikh & Hari | : | 15 Febuari 2019 (Jumaat) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 4 orang |
Tujuan |
Seramai 4 orang pelajar sekolah SAMUS telah hadir ke Pusat Internet kerana ingin membuat tugasan sekolah menggunakan aplikasi Microsoft Powerpoint. Malah bukan itu sahaja peserta juga ingin meningkatkan pengetahuan mengenai aplikasi yang boleh dilakukan dalam pembelajaran dengan lebih interaktif dan juga memudahkan peserta melakukan tugasan tersebut ketika berada di Pusat Internet. |
Aktiviti |
Peserta diberi tunjuk ajar mengenai penggunaan Microsoft Powerpoint yang boleh dimasukkan ke dalam slide disambil dapat menyampaikan maklumat melalui slide yang dihasilkan. Peserta juga dapat mengaplikasikan maklumat yang diperoleh ke dalam slide dan akan menyampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan berdasarkan slide yang dihasilkan. |
Tarikh&Hari | : | 06 Febuari 2019 (Rabu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Seorang pemuda lelaki telah datang ke Pusat Internet kerana ingin membuat Resume menggunakan Ms Word Office, bukan itiu sahaja, kami akan membantu peserta meningkatkan kemahiran menggunakan Ms Word Office dalam membuat resume dan cover letter untuk memohon pekerjaan. |
Aktiviti |
Peserta diberi penerangan tentang langkah-langkah membuat resume dan cover letter dengan menggunakan Ms Word Office. Peserta akan diajar tentang langkah-langkah menggunakan tool-tool yang terdapat di dalam Word untuk memberikan penarikkan didalam resume dan cover letter peserta. |
Tarikh & Hari | : | 08 Febuari 2019 (Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang pelajar Sekolah telah menghadiri ke Pusat Internet untuk menjalani latih tubi subjek Bahasa Inggeris melalui aplikasi VLE Frog yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah kepada setiap pelajar. Tujuan penggunaan VLE Frog ini adalah supaya pelajar boleh mengakses VLE Frog untuk mendapatkan bahan pembelajaran dan ulangkaji dimana jua tanpa mengira masa. Pelajar juga boleh menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru pelajar tersebut. |
Aktiviti |
Pelajar memasukkan kata nama dan kata laluan mengikuti laman sesawang yang telah pihak sekolah berikan. Setiap pelajar mempunyai id yang tersendiri dan guru boleh mengetahui pelajar yang telah menjalankan latih tubi melalui VLE Frog. Terdapat pelbagai kaedah di dalam VLE Frog antaranya permainan, kuiz, dan sebagainya yang dapat membantu pelajar untuk memahami konsep sesebuah subjek. Pelajar juga tertarik dengan kaedah yang lebih interaktif dengan menggunakan VLE Frog ini. |
Tarikh&Hari | : | 04 Febuari 2019 (Isnin) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
2 orang pelajar sekolah SAMUS Kachong Darat telah datang ke PI untuk menyelesaikan tugasan sekolah yang telah diberi oleh guru, bukan sahaja untuk menyelesaikan tugasan tetapi juga dapat memudahkan kerja pelajar dan dapat memberi perdedahan tentang cara-cara menggunakan MS Power Point. |
Aktiviti |
Pelajar tersebut diberi tunjuk ajar mengenai penggunaan MS Power Point yang boleh memasukkan maklumat ke dalam slide antaranya memasukkan carta ,teks, jadual, gambar dan sebagainya, Melalui medium ini, pelajar dapat mengaplikasikan MS Power Point di dalam pembelajaran. |