Tarikh&Hari | : | 01 Febuari 2019 (Jumaat) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Seorang Peserta telah hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk menyelesaikan kerja iaitu membuat carta organisasi dengan menggunakan Ms Word Office dan lebih memudahkan kerja peserta, Peserta membuat kerja dengan bantuan petugas-petugas Pusat Internet tersebut. |
Aktiviti |
Peserta mempelajari menggunakan Microsoft Word Office dengan pelbagai cara. Peserta membuat carta organisasi dengan menggunakan Tools dan Shapes yang ada didalam Microsoft Word Office. |
Tarikh&Hari | : | 26 Januari 2019 (Sabtu) |
Masa | : | 8.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : | Perpustakaan Desa Ladang Batu |
Peserta | : | 10 orang |
Tujuan |
Perpustakaan Desa Ladang Batu telah menjemput Pengurus Pusat internet Kundang bagi menyertai Program Semarak Jawi, Program Semarak Jawi juga telah dibantu oleh Pengurus Pusat Internet lain seperti Pengurus dari PI Kanchong Darat dan Pengurus dari PI Labohan Dagang. Program ini disertai kerana bagi mempromosikan Pusat Internet di Kuala Langat,kemudahan-kemudahan yang ada di Pusat Internet dan lain-lain. |
Aktiviti |
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di jalankan di sana adalah seperti aktiviti mewarna, permainan maze, pertandingan memsak makanan sunnah, pertandingan hafalan al-quran, pertandingan tulisan khat, pertandingan baca jawi pantai, kuiz roda ilmu, pemeriksaan kesihatan dan pameran agensi. |
Tarikh&Hari | : | 19 Januari 2019 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 orang |
Tujuan |
Seramai 10 orang peserta telah hadirkan diri ke kelas asas makeup, Kelas ini adalah untuk mengajar peserta cara-cara menggunakan "makeup basic" dengan cara yang betul. |
Aktiviti |
Peserta diberi pendedahan tentang cara asas menggunakan barang-barang makeup dengan cara yang betul supaya makeup tahan lama dan tidak nampak bertompok-tompok. Selain itu pelajaran ini adalah untuk mengajar peserta cara membuat shading di pipi dengan cara yang tepat dan tidak nampak tebal di muka. |
Tarikh&Hari | : | 20 Januari 2019 (Ahad) |
Masa | : | 9.00 pagi - 4.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 orang |
Tujuan |
Pada 20 Januari 2019 Pusat Internet Kanchong Darat telah mengadakan bengkel Adobe Photoshop CS6, di mana pada bengkel ini peserta telah di ajar mengenal asas dalam design menggunakan Adobe Photoshop CS6. |
Aktiviti |
Para Peserta di ajar mengenal asas Adobe Photoshop CS6 berasaskan modul yang disediakan. Dalam sesi pembelajaran pertama peserta di ajar untuk menentukan size seperti Banner,Poster dan sebagainya serta membuat background. Untuk sesi pembelajaran seterusnya peserta di ajar pelbagai modul lagi seperti manipulasi gambar dan teknik yang lebih advanced. |
Tarikh&Hari | : | 18 Januari 2019 (Jumaat) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang kanak-kanak ingin menyertai permainan Word Search online kerana bertujuan untuk mengasah pemikiran peserta untuk berfikir dalam mencari perkataan-perkataan yang tersembunyi. |
Aktiviti |
Peserta perlu mencari laman sesawang permainan Word Search tersebut, permainan akan di set kan masa dan peserta dikehendaki mencari perkataan-perkataan yang tertentu di dalam "Word Search". |