Tarikh&Hari | : | 11 Januari 2019 (Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang wanita yang telah mempunyai anak telah datang ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk mempelajari bagaimana cara untuk memasukkan maklumat diri dan anak beliau ke dalam sistem E-TUNAS Skim Bantuan Tadika Selangor. |
Aktiviti |
Wanita tersebut diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk mendaftar TUNAS tersebut, untuk memasukkan maklumat ke dalam sistem perkara dan dokumen yang disahkan perlu dimuatnaik ke dalam sistem bagi memberikan bukti kepada pihak TUNAS untuk meluluskan pendaftaraan tersebut. |
Tarikh&Hari | : | 10 Januari 2019 (Khamis) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 orang |
Tujuan |
2 orang wanita telah menghadirkan diri ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk membuat pengisian satu borang pemetaan aset yang telah diberikan kepada peserta tersebut. Peserta akan menggunakan perisian MS Word Office dan gmail. |
Aktiviti |
Peserta telah dibantu oleh Petugas Pusat Internet untuk memasukkan gambar MAP, membuat lakaran plan rumah,membuar carta,masukkan table dan sebagainya. Peserta diberi perdedahan dengan mengunakan yang disediakan bagi memudahkan lagi tugasan atau kerja yang telah diberikan. |
Tarikh&Hari | : | 15 Disember 2018(Sabtu) |
Masa | : | 7.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 100 orang |
Tujuan |
Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kanchong Darat dianjurkan bagi memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung, agensi yang terlibat, dan NGO bagi mewujudkan komuniti sihat serta untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Seramai 100 orang pengunjung yang terlibat bagi menjayakan program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kanchong Darat. |
Aktiviti |
Program bermula seawal jam 7.30 pagi dimana sukarelawan berkumpul dan mula menyusun kerusi bagi program pagi hari iaitu Ceramah. Disamping itu juga, sukarelawan bertugas menyiapkan meja bagi sesi pendaftaran pengunjung dan peserta bagi pertandingan dan aktiviti yang dijalankan semasa program ini dijalankan. Aktiviti yang dijalankan pada jam 8 pagi adalah Berjalan Seribu Langkah diikuti dengan Ceramah Penjagaan Gigi dalam masa yang sama Pemeriksaan Gigi, Pemeriksaan Kesihatan dan Pemeriksaan Mata dijalankan serentak. Setelah ceramah, aktiviti gosok gigi beramai-ramai oleh peserta berumur 4 sehingga 6 tahun bagi memberi kesedaran kepada mereka bagaimana untuk memberus gigi dengan cara yang betul. Aktiviti dan pertandingan yang berjalan seterus nya adalah Mewarna secara online dan offline serta Pertandingan Senamrobik 'TEacherobik' Youtube. Setelah itu, pertandingan Word Search Online dari pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Pertandingan Musang Berjanggut serta Pertandingan Penyediaan Sandwich Sihat Youtube. Setelah selesai aktiviti dan pertandingan, terdapat satu lagi ceramah berkenaan kesihatan. Pada jam 12.30 tengahari, Ketua Kampung merasmikan program sambil memberi hadiah kepada pemenang yang terlibat. |
Gambar Di Sini |
Tarikh&Hari | : | 08 Januari 2019 (Selasa) |
Masa | : | 10 pagi - 21.00 tengah hari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang guru sekolah telah datang ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk mempelajari cara menyunting video menggunakan sofware Movie Maker dalam penghasilan picture slideshow dan sebagainya. |
Aktiviti |
Penekanan diberikan dalam menyunting serta mengabungkan sesuatu gambar,audio,text dan animasi. Pengabungan tersebut akan menjadi video yang lebih menarik untuk memberikan penghasilan berkarya seperti picture movie. |
Tarikh&Hari | : | 13 Disember 2018(Khamis) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Seorang peserta yang ingin mengikuti pertandingan Dashboard Komuniti : MyPlace ingin mengikuti pertandingan yang dianjurkan sempena Program Jom Sihat iaitu tanda lokasi berkaitan kesihatan di dalam Dashboard Komuniti beliau. |
Aktiviti |
Peserta diajar dan dibantu bagaimana untuk tanda lokasi berkaitan kesihatan antaranya adalah Klinik Kerajaan dan Klinik Swasta, Klinik Pergigian sama ada kerajaan atau swasta, Pusat Optometry, Farmasi dan yang berkaitan. |
Gambar Di Sini |