Tarikh&Hari  14 Disember 2018(Jumaat) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 
Dua orang peserta yang ingin mengikuti pertandingan Dashboard Komuniti : MyShop berusaha untuk mempelajari bagaimana untuk memasarkan produk mereka melalui dashboard komuniti. 
Aktiviti 
Salah satu punca mereka menghadiri ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk memenangi hadiah disamping memperlajari cara untuk memuatnaik produk mereka melalui medium Dashboard Komuniti. 
Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  12 Disember 2018 (Rabu) 
Masa 3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  : 3 orang

 

Tujuan
Tiga orang wanita mengikuti pertandingan MyKomuniti sempena program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kanchong Darat yang dijalankan pada 15 Disember 2018. 
Aktiviti
Semasa program tersebut, pertandingan MyKomuniti terbanyak merupakan salah satu pertandingan. Maka mereka bertiga mengambil kesempatan ini untuk memasukkan artikel kesihatan serta poster kesihatan agar boleh menjadi salah seorang pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan.
Gambar Di Sini 

Tarikh & Hari  9 Disember 2018 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  2 orang 

 

Tujuan 
Dua orang peserta yang sebelum ini menghadiri sekali lagi ke Pusat Internet Kanchong Darat bagi melengkapkan setiap latihan yang terdapat di dalam aplikasi Rapid Typing tersebut. Mereka menyatakan bahawa aplikasi ini dapat membantu mereka menggunakan papan kekunci dengan selamat dan betul.
Aktiviti
Pada sesi kali ini, mereka meneruskan latihan yang terdapat di dalam aplikasi ini dengan lebih tangkas dan betul. Hanya beberapa kesilapan yang yang didapati semasa menaip mungkin kerana terlalu laju untuk menaip.
Gambar Di Sini 

 

Tarikh&Hari  10 Disember 2018 (Isnin) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan
Seorang usahawan homestay menghadirkan diri ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk meminta petugas membantu beliau dalam mengemaskini dan menggunakan tools yang terdapat di dalam blogspot yang tidak beliau fahami.
Aktiviti 
Petugas membantu usahawan tersebut dalam menerangkan fungsi yang sebenar apabila menggunakan blogspot untuk perniagaan. Setelah diterangkan oleh petugas berkenaan penggunaan tools tersebut, barulah usahawan memahami penggunaan tools blogspot dan melakukan kemaskini dengan sendiri. 
Gambar Di Sini 

 

Tarikh&Hari  8 Disember 2018 (Sabtu)
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 
2 orang peserta menghadiri Pusat Internet Kanchong Darat bagi melatih diri dalam menggunakan papan kekunci dengan cara yang betul menggunakan aplikasi Rapid Typing. Salah seorang peserta merupaka seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) namun apabila mempelajari teknologi, beliau sangat pantas dan suka mempelajari sesuatu yang baru.
Aktiviti 
kehadiran dua orang peserta ini adalah bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan papan kekunci dengan selamat dan betul. Kebanyakkan orang menaip menggunakan 1 jari sahaja. Penggunaan satu jari ini makin lama akan menimbulkan kesakitan pada jari tersebut. Maka, Rapid Typing membantu peserta dalam menggunakan kesepuluh jari apabila menggunakan papan kekunci.
Gambar Di Sini