Tarikh & Hari | : | 7 Disember 2018 (Jumaat) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 orang |
Tujuan |
Dua orang peserta telah mendaftar keahlian dan ingin mempelajari mengenai teknologi. Antara modul pertama yang diajari kepada peserta adalah Rapid Typing iaitu mempelajari asas untuk menaip dengan menggunakan jari secara betul. |
Aktiviti |
Peserta telah diterangkan mengenai penggunaan aplikasi Rapid Typing dengan cara yang betul. Disamping itu, aplikasi itu sendiri telah menunjukkan penggunaan papan kekunci dengan yang betul. Terdapat pelbagai latihan yang perlu dilalui oleh peserta untuk memahirkan seseorang boleh menggunakan papan kekunci dengan cara yang betul. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 6 Disember 2018 (Khamis) |
Masa | : | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Dua orang peserta merupakan sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghadiri Pusat Internet Kanchong Darat untuk mengisi maklumat berkenaan aktiviti kesukarelawanan yang telah mereka terlibat setiap kali menjalankan aktiviti kesukarelawanan. |
Aktiviti |
Peserta sememangnya telah mempunyai akaun sukarelawan dan hanya memasukkan kata nama dan kata laluan bagi mengisi maklumat yang diperlukan di dalam sistem tersebut. Antara yang perlu dimasukkan ke dalam sistem tersebut adalah lokasi yang telah peserta jalankan aktiviti kesukarelawanan melalui Google Maps dengan tangkap layar gambar lokasi tersebut beserta masukkan latitud beserta longitud lokasi tersebut ke dalam sistem. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 4 Disember 2018 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi -12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang belia lelaki hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat bagi mendaftarkan diri melalui program eRezeki yang telah didengari dari rakan- rakan serta galakan dari salah seorang usahawan yang pernah mengikuti program eRezeki ini. Program eRezeki ini salah satu kebaikannya adalah dapat menambahkan pendapatan melalui modul-modul yang dipilih oleh peserta itu sendiri. Sekiranya buat sedikit dapat hasil yang sedikit namun sekiranya rajin berusaha dan rajin buat, akan mendapat hasil yang banyak. |
Aktiviti |
Peserta belia lelaki tersebut mendaftarkan diri terlebih dahulu melalui https://erezeki.my/login dengan bantuan petugas berkenaan perkara yang tidak difahami. Setelah peserta mendaftar, petugas menunjukkan beberapa modul yang mudah namun perlu dibuat dengan banyak kerana tugasan yang mudah hasil sedikit. Peseeta memahami konsep eRezeki ini dan akan memulakan dengan segera untuk mendapatkan dan menambahkan pendapatan sampingan beliau. |
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 5 Disember 2018 (Rabu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 orang |
Tujuan |
Dua orang dewasa menghadirkan diri ke Pusat Internet Kanchong Darat bagi mendaftarkan diri mereka untuk nikah di negeri Selangor. Proses untuk menikah di negeri Selangor adalah pemohon dan pasangan perlu memohon melalui sistem iaitu http://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new. Bakal pengantin lelaki dan wanita masing-masing perlu memiliki akaun tersendiri untuk menggunakan sistem ini.
|
Aktiviti |
Petugas memberikan penerangan berkenaan penggunaan sistem Nikah, Cerai dan Rujuk melalui laman sesawang ini http://ncr.jais.gov.my/index.php/pendaftaran/new iaitu pemohon perlu mengambil tahu kata nama dan laluan sama ada menulis di kertas atau menyimpannya di telefon bagi memudahkan pemohon pada masa hadapan. Hal ini kerana, ramai yang kurang mengambil berat mengenai kata nama dan kata laluan lalu menyerahkan bulat-bulat kepada petugas dengan andaian mereka mendaftarkan di sistem di PI Kanchong Darat dan petugas tahu apakah kata laluan dan kata nama mereka. Pemohon memahami perkara tersebut dan mengambil serius perkara itu. Setelah berjaya mendaftarkan diri melalui sistem, pemohon dan pasangan mengisi maklumat yang diperlukan oleh sistem. Dan setelah siap mengisi, mereka dikehendaki untuk mencetak borang permohonan pernikahan tersebut.
|
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 3 Disember 2018 (Isnin) |
Masa | : | 10.00 am - 1.00 pm |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 6 orang |
Tujuan |
Lima orang pelajar bersama seorang guru menggunakan Pusat Internet Kanchong Darat sebagai salah satu lokasi yang mudah untuk menjalankan kemasukan data ke e-PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum). Pelajar bersama guru akan memasukkan data melalui laman sesawang https://pajsk.moe.gov.my/index.php |
Aktiviti |
Pelajar dan guru bersama-sama mengendalikan kemasukan data ini melalui sistem https://pajsk.moe.gov.my/index.php. Tiga komponen utama yang melengkapkan pemarkahan PAJSK bagi pelajar-pelajar antaranya pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Ia adalah pemarkahan apabila seseorang pelajar tersebut terlibat di peringkat sekolah, daerah, negeri dan seterusnya negara. |
Gambar Di Sini |