Tarikh & Hari  5 November 2018 (Isnin) 
Masa  2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  4 Orang 

 

Tujuan 

Seramai 4 orang pelajar Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah diberi pendedahan kepada penggunaan Dashboard Komuniti supaya aplikasi ini dapat digunakan bukan sekadar dikalangan Dewasa, tetapi juga dikalangan Pelajar Sekolah. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat membuka idea kepada pelajar untuk menyebarkan maklumat yang benar, membeli barangan yang dicari dan bertanya soalan kepada Ketua Kampung, Penyelia Wanita dan juga Penghulu.

 

Aktiviti 

Peserta memang telah tersedia berdaftar dalam menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti dan hanya perlu memasukkan kata nama dan juga kata laluan untuk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Dengan menggunakan MyKomuniti, peserta memahami bahawa salah satu fungsinya adalah untuk menyebarkan  maklumat terkini berkenaan kampung dan juga melihat hebahan yang telah disampaikan oleh orang lain. Disamping itu juga, mereka diperkenalkan dengan MySoal dan juga Myshop.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  8 November 2018 (Khamis) 
Masa  2.30 petang - 4.30 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan 

Seorang pelajar Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah menghadiri Pusat Internet Kanchong Darat untuk mempelajari penggunaan  GoogleDocs untuk menyiapakan tugasan yang diberikan oleh guru dan penggunaan GoogleDocs ini membenarkan rakannya untuk turut serta menambah isi bagi tugasan tersebut walaupun mereka berada di lokasi yang berlainan. 

 

Aktiviti 

Peserta mendaftarkan akaun Gmail kerana telah terlupa kata laluan akaun Gmail yang lalu. Setelah berjaya mendaftarkan akaun Gmail tersebut, peserta diberi tunjuk ajar dalam mengunakan GoogleDocs kerana tugasan perlu dibuat bersama rakan setugasnya. Penggunaan GoogleDocs ini juga tidak memerlukan peserta untuk menyimpan dokumen tersebut melalui pendrive. Keadaan ini lagi memberi kemudahan kepada peserta kerana GoogleDocs boleh dibuka dimana-mana asalkan mempunyai akaun Gmail.

 

Gambar Di Sini

 

 

Tarikh & Hari  : 31 Oktober 2018 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi - 2.30 petang
Lokasi : SAM Unwanus Saadah Kanchong Darat
Peserta : 112 Orang

 

Tujuan 

Seramai 112 orang pelajar Tingkatan 3 SAM Unwanus Saadah diberikan taklimat kesedaran berkenaan kebaikan dan keburukan penggunaan gajet khususnya Buli Siber di kalangan pelajar sekolah menengah. Taklimat ini disampaikan oleh Penolong Pengurus Kluster Kuala Langat.

 

Aktiviti

Pelajar didedahkan dengan modul ketagihan gajet,buli siber,siber grooming,siber stalking dan maklumat palsu. Di samping itu juga pelajar mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh petugas Pusat Internet Kluster Kuala Langat iaitu permainan Kotak Ajaib serta penyampaian hadiah.

 

Gambar Disini

 

Tarikh & Hari 2 November 2018 (Jumaat) 
Masa  9.00 pagi - 11.00 pagi 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  17 orang 

 

Tujuan 

Seramai 17 orang pelajar bersama seorang Guru SAM Unwanus Saadah telah menghadiri Pusat Internet Kanchong Darat untuk menjalankan Latih Tubi bagi subjek Bahasa Arab Tingkatan 4 dengan menggunakan Kahoot. Guru menggunakan platform ini untuk melihat tahap kefahaman pelajar dalam subjek yang telah diajar oleh beliau. 

 

Aktiviti 

Pelajar memasukkan nombor pin yang tertera di Smart Board untuk mengikuti latih tubi yang dibuat oleh guru mereka di dalam komputer atau netbook yang mereka gunakan di Pusat Internet Kanchong Darat. Pada mulanya mereka tidak memahami permainan menggunakan Kahoot namun setelah diterangkan oleh guru mereka, mereka bermain sambil belajar dengan penuh minat dan interaktif. 

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  27 Oktober  2018 (Sabtu) 
Masa  9..00 pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong
Peserta  7 orang

 

Tujuan

  • Memberi pengenalan tentang sistem Googlesite untuk membantu usahawan-usahawan membina laman sesawang dengan mudah.

Aktiviti 

  • Seramai 7 orang peserta telah mengikuti Kelas Usahawan yang bertempat di Pusat Internet Kanchong Darat. Kelas ini turut mendapat kerjasama daripada Penolong Pengurus Kluster Kuala Langat (PI Labohan Dagang, PI Kg Kundang dan Kg Sungai Judah). Sebelum memulakan kelas peserta diberikan sedikit taklimat mengenai KDB yang disampaikan oleh Penolong Pengurus Labohan Dagang. Peserta juga diajar cara untuk memasukkan image, text, video dan Map ke dalam Googlesite.Sesi akhir penyampaian sijil peserta.

Gambar Disini