Tarikh & Hari  24 Mei 2018 (Khamis) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan

 Seorang usahawan wanita ingin menghasilkan invois perniagaannya dengan menggunakan MS Office Word supaya invois tersebut boleh diedarkan kepada pembeli produk yang memerlukan invois perniagaan beliau. Dengan aktiviti yang dijalankan ini, diharap usahawan dapat meningkatkan kemahiran penggunaan MS Office Word dalam menghasilkan invois perniagaan.

 

Aktiviti 

Usahawan wanita melihat contoh yang terdapat didalam carian yang telah dilakukan sebelum menaip invois yang beliau inginkan. Menggunakan sedikit asas yang telah beliau pelajari, beliau mengaplikasikannya untuk penghasilan invois perniagaan. Antara yang dibuat untuk menghasilkan invois, memasukkan kotak ke dalam invois bagi menampakkan keseragaman dalam invois perniagaan. 

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  21 Mei 2018 (Isnin) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Tempat  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  2 orang 

 

Tujuan 

2 orang pelajar sekolah menengah menggunakan enjin carian sebagai suatu kaedah untuk mencari maklumat berkaitan folio sejarah yang telah diberi tugasan oleh gurunya. Dengan kaedah pencarian maklumat yang betul, maklumat boleh didapati dengan lebih cepat dan banyak. Gambar juga merupakan tugasan yang perlu diselesaikan oleh pelajar ini untuk dilengkapkan di dalam folio sejarah mereka.

 

Aktiviti 

Peserta meminta bantuan petugas untuk membantu mereka dalam menggunakan enjin carian dengan kaedah yang betul dan pantas agar mereka mendapat maklumat dari sumber yang betul. Carian gambar juga memainkan peranan penting untuk mengukuhkan lagi maklumat yang telah dicari supaya folio mereka lengkap dan penuh maklumat. Folio sejarah yang mereka perlu siapakan adalah berkaitan dengan tempat tinggal mereka. Gabungan dari maklumat yang telah diperolehi dari orang kampung sekitar di tambah pula dengan maklumat dari sumber di enjin carian, maka mereka dapat menghasilkan folio sejarah tingkatan 3.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 16 Mei 2018 (Rabu) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 1 orang 

 

Tujuan 

Seorang usahawan homestay di Banting Baru ingin mewujudkan sebuah blog bagi perniagaannya untuk memudahkan pelanggan mencari homestay beliau melaui enjin carian. Penggunaan blog ini diharap dapat mempromosikan perniagaanya dengan lebih meluas selain daripada penggunaan media sosial Facebook Page.

 

Aktiviti 

Usahawan mendaftarkan blogspot beliau untuk pertama kali dan memilih tema, alamat domain blogspot, tajuk blogspot dan lain-lain. Usahawan juga didedahkan dengan cara untuk menambahkan post di blog, memasukkan gambar, link yang berkaitan, penyuntingan HTML dan fungsi-fungsi tambahan yang lain. Setelah usahawan memahami penggunaan fungsi- fungsi tersebut, maka terhasillah blog beliau iaitu http://aishahhomestaybantingbaru.blogspot.my/

 

Gambar Di Sini

 


 

Tarikh & Hari 18 Mei 2018 (Jumaat) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan

Seorang wanita ingin menjana pendapatan untuk mencari duit raya lebih pada tahun ini. Petugas mencadangkan agar beliau menggunakan platform e-Rezeki untuk memberi pilihan kepada usahawan memilih cara untuk menjana pendapatan melalui majikan yang terdapat di dalam laman web e-Rezeki ini.

 

Aktiviti 

Peserta mendaftarkan diri melalui laman web e-Rezeki bagi melayakkan beliau untuk mengikuti program penjanaan pendapatan melaluinya. Setelah didaftarkan, peserta akan melengkapkan maklumat berkaitan diri untuk profil e-Rezeki sebelum bermula pemilihan kerja digital yang dikehendaki. Setelah itu, peserta diberi penerangan berkenaan kerja-kerja yang terdapat di dalam platform e-Rezeki dan membuat sebuah kerja yang mudah untuk percubaan dan pemahaman.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  15 Mei 2018 (Selasa) 
Masa   3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  : Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 3 orang 

 

Tujuan

Tiga orang pelajar sekolah menengah memohon bantuan petugas untuk membantu mereka dalam mencari bahan bagi tugasan yang diberikan oleh guru mereka melalui mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Dengan menggunakan carian enjin Google, dan menerusi Youtube, pelajar mendapat serba sedikit maklumat yang dicari untuk dijadikan sebagai rujukan tambahan semasa membuat tugasan di rumah.

 

Aktiviti 

Pelajar menggunakan kemudahan internet dan komputer untuk mencari maklumat melalui enjin carian Google dan juga Youtube (melalui penyampaian tazkirah dan kuliah oleh pakar agama) berkenaan tugasan yang diberikan oleh guru mata pelajaran  Pendidikan Agama Islam mereka. Setiap pelajar perlu menghasilkan tugasan mereka sendiri walaupun sumber rujukan dan bahan yang didapati adalah sama. 

 

Gambar Di Sini