Tarikh & Hari  05 Mei 2024 (Ahad) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah. Tujuan bengkel ini diadakan supaya pelajar dapat mempelajari mengenai pembelajaran online dalam subjek Jawi dalam laman sesawang worldwall. Dengan ini dapat membantu pelajar sekolah mencari video berkenaan dengan pembelajaran di sekolah. Selain itu membantu mencari video ilmuan dan mendapat pengetahuan luas.

Aktiviti 

Peserta membuka laman sesawang worldwall dan peserta menjawap kuiz didalam dengan dibantu oleh petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  04 Mei 2024 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  5 Orang 

 

Tujuan 

Meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan idea yang baik. Peserta diberi pendedahan berkaitan dengan Youtube yang mana peserta boleh mencari kerja-kerja kreativiti di Youtube untuk ditiru.

Aktiviti 

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan KDB. Seterusnya peserta diberi lakaran gambar sempena hari ibu bersama-sama untuk mendaptkan hasil kreativiti masing-masing. Peserta perlu menggunakan Youtibe sebagai rujukan yang tujuan pembelajaran dan perlu menghasilkan bunga tersebut.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  01 Mei 2024 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.

Aktiviti 

Petugas memberi tutorial di dalam bentuk video bagi memudahkan komuniti untuk memohon bantuan BINGKAS. Peserta wajib membawa segala salinan dokumen yang diperlukan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari : 03 Mei 2024 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : NADI Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang wanita menghadirkan diri ke NADI Kanchong Darat bagi mendaftarkan diri mereka untuk nikah di negeri Selangor. Proses untuk menikah di negeri Selangor adalah permohon dan pasangan perlu memohon melalui sistem iaitu sspim.gov.my. Bakal pengantin lelaki dan wanita masing-masing perlu memiliki akuan tersendiri untuk menggunakan sistem ini.

Aktiviti

Petugas memberikan penerangan berkenaan penggunaan sistem nikah, cerai dan rujuk melalui laman sesawang sspim.gov.my iaitu pemohon perlu mengambil tahu kata nama dan laluan sama ada menulis di kertas atau menyimpannya di telefon bagi memudahkan pemohon pada masa hadapan. Setelah berjaya mendaftarkan diri melalui sistem, pemohon dan pasangan mengisi maklumat yang diperlukan oleh sistem, Dan setelah siap mengisi, mereka dikehendaki untuk mencetak borang permohonan pernikahan tersebut. 

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  22 April 2024 (Isnin) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  3 Orang 

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di NADI serta mempromosi kelas ICT secara percuma untuk ahli yang berdaftar. Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di NADI. Kelas stem iot ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Kelas ini dapat mempelajari math secara atas talian menggunakan susunan puzzles.

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan adalah melengkapkan puzzles seperti asal. Selain itu, peserta akan membiasakan diri dengan penggunaan tetikus semasa menjalankan aktiviti tersebut. Peserta membuka laman web puzzles math dan mencantumkan mengikut bentuk yang betul. Peserta dibantu oleh petugas dalan menyusun puzzles.

Gambar Disini