Tarikh & Hari  12 Mei 2018 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan

Seorang usahawan meminta bantuan petugas untuk membantu beliau dalam penghasilan Rancangan Perniagaan agar boleh diajukan kepada mana - mana penaja yang berminat untuk menaja sebahagian atau memberi bantuan kewangan bagi membantu beliau dalam mengembangkan perniagaan untuk lebih maju di masa hadapan. Dengan menggunakan Ms Office Word sebagai medium untuk menyiapkan Rancangan Perniagaan beliau.

 

Aktiviti 

Dengan menggunakan Ms Office Word sebagai salah satu cara untuk menghasilkan Rancangan Perniagaan, usahawan juga menggunakan carian di Google untuk mencari rangka format Rancangan Perniagaan bagi melengkapkan proposal tersebut. Maklumat perniagaan telah dibawa olehnya ke Pusat Internet agar boleh dimasukkan ke dalam Rancangan Perniagaan yang dilakar. Usahawan juga meminta pendapat dan juga idea mengenai tambahan yang perlu dilengkapkan di dalam Rancangan Perniagaan beliau.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 7 Mei 2018 (Isnin) 
Masa 3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta   1 orang 

 

Tujuan 

Seorang pelajar Sekolah Menengah meminta bantuan petugas untuk membantunya dalam menyemak keputusan peperiksaan yang telah dimasukkan oleh gurunya di dalam sistem. Penggunaan sistem ini merupakan satu inisiatif kepada pelajar agar dapat menggunakan kemudahan teknologi serta menjimatkan penggunaan kertas.

 

Aktiviti 

Pelajar menyemak keputusan peperiksaan melalui laman sesawang https://sapsnkra.moe.gov.my . Dengan memasukkan nombor kad pengenalan mereka sebagai kata nama dan kata laluan, pelajar dapat mengakses kepada semakan keputusan peperiksaan. Sebelum dipaparkan keputusan, pelajar perlu memilih tahun yang diingini. Setelah melengkapkan kesemua maklumat yang diingini, sistem akan mengeluarkan keputusan tersebut. Pelajar juga didedahkan dengan penerangan mengenai Klik Dengan Bijak.

 

Gambar Di Sini

Tarikh & Hari : 3 Mei 2018 (Khamis) 
Masa 3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 7 orang 

 

Tujuan

Seramai 7 orang pelajar Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah (SAMUS) mengikuti aktiviti kuiz dalam talian untuk pembelajaran bagi meningkatkan kefahamaan dan pengetahuan dalam subjek tersebut. 

 

Aktiviti

Setiap dari peserta yang mengikuti aktiviti ini membawa buku bagi rujukan dan pemahaman yang lebih mengenai kuiz yang dijalankan semasa di atas talian dan kuiz tersebut. Semasa menjawab kuiz tersebut, peserta boleh berbincang bersama rakan namun jawapan tidak boleh berbincang. Dengan adanya perbincangan sesama mereka, maka setiap dari peserta akan memahami dan menjawab soalan tersebut mengikut hasil dari perbincangan dan pemahaman mereka. 

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  6 Mei 2018 (Sabtu) 
Masa 10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 1 orang 

 

Tujuan 

Seorang suri rumah meminta tunjuk ajar dari petugas mengenai aplikasi yang boleh digunakan di Pusat Internet bagi membantu beliau dalam urusan hariannya. Beliau perlu mempelajari asas penggunaan internet dan komputer serta telefon pintar kerana zaman kini memerlukan setiap individu untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi.

 

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan semasa kelas ini diadakan adalah pengenalan asas kepada MS Office Word, pendaftaran Emel, Semakan BR1M dan penggunaan Lazada. Setiap aktiviti ini peserta diberi penjelasan berkenaan cara penggunaan yang asas dan etika penggunaan Internet. Peserta juga didedahkan dengan penerangan mengenai Klik Dengan Bijak.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  24 April 2018 (Selasa) 
Masa  9.00 pagi - 12.30 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  8 Orang 

 

Tujuan 

Seramai 13 orang Penghulu bagi Daerah Kuala Langat dan Klang dijemput ke Kursus "Non Verval Communications" bagi tujuan memberi kesedaran dan memupuk nilai - nilai murni di dalam diri individu dalam berkongsi maklumat di dalam talian. Namun, hanya 8 orang Penghulu sahaja yang dapat hadir manakala yang lain mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.

 

Aktiviti 

Setiap peserta diberi taklimat mengenai fungsi dan kegunaan portal sebenarnya.my serta penggunaan internet secara berhemah melalui program Klik Dengan Bijak. Dengan program ini, diharapkan setiap peserta mengaplikasikan nilai - nilai murni serta dapat menyebarkan nilai murni kepada komuniti di kawasan Penghulu tersebut. Peserta juga disaring kesihatan mereka bagi mendapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan secara percuma di Pi1M Kanchong Darat. 

 

Gambar di sini