Tarikh & Hari  : 17 April 2018 (Selasa) 
Masa  2.30 petang - 4.30 petang 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Agensi Terlibat  Kementerian Kewangan Malaysia(MoF), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd   

 

Tujuan 

Kehadiran lima orang wakil dari Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) adalah untuk mengetahui impak- impak (kesan positif) yang telah diberikan oleh Pusat Internet 1Malaysia sejak beroperasi sehingga kini kepada komuniti sekitar serta kebaikan projek PI1M untuk diteruskan pada masa akan datang. 

 

Aktiviti 

Petugas PI1M Kanchong Darat menjalankan sedikit persembahan interaktif menggunakan MS Office Power Point di mana data dan maklumat mengenai pencapaian di PI1M Kanchong Darat didedahkan kepada mereka dari segi keahlian, kelas, latihan, keusahawanan, program Dashboard Komuniti dan lain- lain. Diharapkan dengan penerangan ini, wakil dari MoF mendapat sedikit pendedahan berkenaan PI1M.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 15 April 2018 (Ahad)
Masa 3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Seorang peserta belia wanita hadir ke Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat untuk menaip senarai jemputan yang perlu diedarkan melalui sampul yang ditampal. Tambahan, beliau perlu menaip senarai aktiviti yang akan dijalankan bagi program yang dilampirkan bersama surat di dalam sampul menggunakan MS Office Word. Dengan bantuan petugas, beliau menggunakan fungsi kotak (table) bagi memudahkan urusan beliau dalam menggunting kertas dan ditampal pada sampul surat. 

 

Aktiviti 

Petugas membantu belia wanita terbabit dalam mengendalikan MS Office Word dari segi fungsi-fungsi insert table, insert bullet yang menarik dalam menyediakan senarai jemputan dan senarai aktiviti yang dijalankan untuk dilampirkan di dalam sampul surat yang perlu dihantar kepada organisasi tertentu.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  11 April 2018 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Seorang petugas Pusat Internet 1Malaysia Kota Raja, Klang perlu menjalani latihan sebagai seorang Penolong Pengurus kerana beliau masih baru di dalam bidang PI1M. Diharapkan dengan aktiviti ini, penolong pengurus tersebut dapat memahami SOP, Skop Tugas dan lain - lain yang berkaitan PI1M bersama Penolong Pengurus Daerah Kuala Langat (PI1M Telok Panglima Garang, PI1M Labohan Dagang dan PI1M Kanchong Darat).

 

Aktiviti 

Antara yang dipelajari oleh Penolong Pengurus PI1M Kota Raja, Klang antaranya kaedah membaca tekanan darah, penggunaan peralatan, portal, kpi yang perlu dicapai oleh setiap Pi1M bagi setiap bulan dan sebagainya.

 

Gambar Di Sini


 

Tarikh & Hari 13 April 2018 (Jumaat) 
Masa  2.30 petang - 4.30 petang 
Lokasi  Sekolah Menengah Kebangsaan Banting 
Peserta  Pelajar Tingkatan 1 & 2  (250 orang)

 

Tujuan 

Petugas - petugas Kluster Kuala Langat turun ke sekolah untuk memberi program kesedaran kepada pelajar sekolah menengah yang berada di tingakatan 1 & 2 melalui taklimat dan juga video kesedaran dengan menggunakan modul Pembulian Siber, Maklumat Palsu, Perkongsian Berlebihan, Mobile e-Waste, Portal Sebenarnya.my. Aktiviti ini dijalankan agar dapat memupuk kesedaran dalam beretika semasa menggunakan internet dan teknologi.

 

Aktiviti 

Pembahagian tugas antara petugas melibatkan seramai 6 orang di mana 3 orang dari petugas akan menjalankan taklimat kesedaran manakala 3 orang lagi petugas akan menjalakan saringan kesihatan kepada guru - guru dan kakitangan sekolah yang berada pada waktu tersebut. BMI Ideal, Bacaan Tekanan Darah dan Bacaan Gula Dalam Darah antara aktiviti yang dijalankan kepada kakitangan sekolah terlibat.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 10 April 2018 (Selasa) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  3 orang 

 

Tujuan

Tiga orang pelajar memerlukan bimbingan daripada petugas mengenai persembahan menggunakan slaid MS Office Power Point. Tujuan aktiviti diadakan kepada pelajar tersebut adalah untuk memupuk penggunaan teknologi serta meningkatkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan memberi idea kepada pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

 

Aktiviti 

Pelajar didedahkan dengan penggunaan slaid secara amnya serta diterangkan mengenai penggunaan fungsi lain di dalam MS Office Power Point. Di samping itu juga, pelajar bertanya kepada petugas mengenai persembahan yang dapat menarik perhatian audiens yang akan melihat slaid ini. Untuk memberikan persembahan terbaik, warna, audio, maklumat penting sahaja yang dimasukkan. Dan kalau boleh diselitkan juga video untuk mengelakkan audiens bosan semasa mendengar persembahan maklumat.

 

Gambar Di Sini