Tarikh & Hari  7 April 2018 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan

Dua orang pelajar Sekolah Vokasional berumur 18 Tahun memerlukan bantuan petugas dalam penggunaan MS Office Word bagi menyiapkan tugasan yang diberi oleh tenaga pengajar mereka. Dengan bantuan petugas, pelajar dapat memahami penggunaan fungsi MS Office Word bagi memantapkan kemahiran mereka dalam menyiapkan tugasan selepas ini.

 

Aktiviti 

Pelajar tersebut didedahkan dengan fungsi Insert dimana pelbagai gambar, simbol, shape dan pelabagai lagi. Mereka banyak menggunakan fungsi Insert bagi aplikasi MS Office Word. Dimulakan dengan menyiapkan cover tugasan dan seterusnya memasukkan gambar dan maklumat yang telah dipelajari sepanjang minggu tersebut. 

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 5 April 2018 (Khamis) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta   3 Orang 

 

Tujuan 

Seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada Pelajar Sekolah Menengah mengikuti aktiviti yang dijalankan iaitu Bengkel Penyuntingan Video menggunakan Filmora Go bagi meningkatkan kemahiran dalam multimedia agar boleh digunakan pada masa akan datang.

 

Aktiviti 

Pelajar sekolah menengah didedahkan dengan pengenalan kepada penyuntingan video serta penggunaan fungsi -fungsi yang terdapat di dalam aplikasi Filmora Go. Dari intro, cerita, penambahan sarikata, kemasukan lagu dan gambar serta video tambahan dan akhir sekali kredit video. Mereka menghasilkan video pendek semasa aktiviti dijalankan dan memahami setiap fungsi di dalam Filmora Go. 

Gambar Di Sini

 


 

Tarikh & Hari 24 Mac 2018 (Sabtu) 
Masa 10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  :   Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 3 Orang 

 

Tujuan 

Tiga orang pelajar sekolah menengah menggunakan 'Google Translate' di dalam salah satu kaedah pembelajaran dan pemahaman awal bagi subjek yang dipelajarinya. Ini merupakan salah satu kaedah dengan menggunakan teknologi selain daripada menggunakan kamus. Namun, dalam masa yang sama pelajar masih merujuk kepada kamus bagi memastikan ketepatan maklumat yang diperolehi daripada 'Google Translate'.

 

Aktiviti 

Peserta memohon bantuan petugas untuk menunjuk ajar bagaimana penggunaan papan tetikus di dalam bahasa Arab dan penggunaan pencarian maklumat dengan bantuan 'Google Translate' . Dengan penggunaan 'Google Translate', pelajar berjaya memahami kandungan soalan dari guru dan dapat menjawab segala persoalan yang perlu dihantar pada minggu hadapan. Terdapat juga pelajar yang menggunakan telefon pintar dan ada juga yang menggunakan netbook 1Malaysia yang dipinjam di Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  2 April 2018 (Isnin) 
 Masa 3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 7 Orang 

 

Tujuan

Seramai 7 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Unwanus Saadah (SAMUS) hadir ke Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat untuk menjalani latihan perekodan perniagaan dan dibimbing oleh guru subjek Perakaunan dengan menggunakan perisian Ms Office Excel 2010. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi mengasah kemahiran pelajar dalam menggunakan aplikasi MS Office Excel dalam merekodkan urusniaga perniagaan yang telah dipelajari.

 

Aktiviti 

Setiap pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil jurusan perakaunan perlu mengikuti kursus amali dan latihan menggunakan MS Office Excel bagi merekodkan urusan perniagaan yang melibatkan transaksi - transaksi di dalam persoalan buku dan latihan yang dilakukan mengikuti buku latihan. Segala kerja perekodan ini perlu dibuat melalui MS Office Excel.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  17 Mac 2018 (Sabtu)
Masa 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 1 Orang 

 

Tujuan

Seorang belia perempuan mendaftarkan diri untuk mengikuti Kursus di dalam sistem UPU untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

 

Aktiviti

Dengan menggunakan laman sesawang http://online.mohe.gov.my/upu/UPUOnline bagi menempatkan diri di dalam pusat pengajian yang sesuai mengikut kelayakan SPM.

 

Gambar Di Sini