Tarikh & Hari  16 Mac 2018 (Jumaat) 
Masa 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi SMK Bukit Changgang 
Peserta 300 orang (Pelajar Tingkatan 1 & 2)

 

Tujuan

300 orang pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 SMK Bukit Changgang didedahkan mengenai kesedaran dalam etika penggunaan internet atau semasa melayari internet. Manakala, bagi peringkat guru dan kakitangan sekolah pula diberi peluang untuk menjalani saringan kesihatan melalui KOSPEN-Pi1M. 

Aktiviti 

Program ini adalah salah satu insiatif daripada petugas peringkat Kluster Kuala Langat dalam mendedahkan kepada pelajar melalui taklimat beserta tayangan video mengenai Klik Dengan Bijak. Modul yang dibentangkan semasa taklimat adalah Pembulian Siber, Maklumat Palsu, Perkongsian Berlebihan, Sebenarnya.my dan Mobile e-Waste. Guru pengiring dijemput untuk menjalani saringan kesihatan dan diminta untuk mewar-warkan mengenai saringan ini kepada kakitangan yang berada di sekolah pada waktu tersebut.

Gambar Di Sini

 

 

Tarikh & Hari  13 Mac 2018 (Selasa) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan 

Seorang peserta lelaki dewasa berbangsa India meminta bantuan petugas Pi1M untuk menyiapkan tugasan modul yang telah diberikan oleh Pensyarah beliau melalui emel atas talian Universiti. Tujuan aktiviti ini diadakan bagi membantu dan membuatkan peserta lelaki terbabit menggunakan MS Office Word dengan kaedah yang betul dalam menyiapkan tugasan beliau.

 

Aktiviti 

Peserta membuka aplikasi Ms Office Word dan menaip mengikut soalan yang diutarakan di dalam emel yang beliau dapati. Namun, terdapat penggunaan fungsi - fungsi di dalamnya yang masih belum dikuasai oleh peserta ini. Disebabkan oleh itu, beliau meminta petugas untuk membantunya dalam fungsi yang masih belum difahaminya. Namun demikian, beliau dapat menyiapkan soalan tugasan yang telah diberikan.

 

Gambar Di Sini
Tarikh & Hari 10 Mac 2018 (Sabtu) 
Masa 3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan

Seorang pelajar Vokasional mendatangi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat bagi  meminta bantuan petugas dalam menyiapkan tugasan persembahan menggunakan MS Office Power Point. Tujuan petugas membantu pelajar ini bagi membiasakan pelajar tersebut dengan penggunaan fungsi yang terdapat di dalam Ms Office Power Point.

 

Aktiviti

Pelajar tersebut memasukkan maklumat yang telah dikumpul ke dalam slaid yang telah dicipta oleh beliau. Pelajar tersebut memasukkan gambar, isi-isi yang penting, animasi dan juga lagu bagi menarik perhatian pendengar semasa beliau mempersembahkan isi persembahan tersebut.

 

Gambar Di Sini
Tarikh & Hari : 11 Mac 2018 (Ahad) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan 

Seorang peserta Cina lelaki dewasa hadir untuk mengikuti kelas 'one to one' . Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mengasah kemahiran peserta dalam menggunakan Ms Office Excel serta membiasakan penggunaan di dalam MS Office Excel.

 

Aktiviti 

Peserta mempelajari fungsi-fungsi di dalam Ms Office Excel di samping itu peserta diberi latihan dengan menggunakan buku Intel Easy Steps. Peserta menggunakan sepenuhnya fungsi untuk menyiapkan latihan yang terdapat di dalam buku tersebut. Petugas membantu peserta sekiranya beliau terdapat kesulitan dalam memahami latihan tersebut.

 

Gambar Di Sini
Tarikh & Hari 9 Mac 2018 (Jumaat)
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  8 orang 

 

Tujuan 

Seramai 8 orang pelajar tingakatan 4 Sekolah Menengah Unwanus Saadah hadir ke Pi1M Kanchong Darat untuk mempelajari kaedah manghasilkan laporan kewangan untuk dihantar kepada guru. 

 

Aktiviti 

Pelajar didedahkan dengan fungsi-fungsi asas di dalam Ms Office Excel dan mereka diajar oleh Guru Perakaunan mereka iaitu Cikgu Abu Samah di samping itu, petugas membantu dalam menunjukkan kepada pelajar sekiranya mereka tidak memahami  penggunaan Ms Office Excel. Pelajar juga didedahkan dengan program kesedaran etika penggunaan internet.

 

Gambar Di Sini