Tarikh & Hari | : | 8 Mac 2018 (Khamis) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 orang |
Tujuan |
Tiga orang peserta hadir ke Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat untuk mendaftarkan anak mereka melalui sistem untuk ditempatkan ke sekolah pilihan secara atas talian. |
Aktiviti |
Peserta mendaftarkan diri sebagai pengguna sistem sebelum memasukkan maklumat anak mereka ke dalam sistem. Peserta membawa maklumat diri, maklumat pasangan dan maklumat anak untuk dilengkapkan di dalam sistem pendaftaran tersebut. Setelah selesai pendaftaran, mereka mencetak maklumat tersebut supaya boleh dihantar kepada pihak sekolah. Peserta juga didedahkan dengan etika penggunaan internet. |
|
Tarikh & Hari | : | 7 Mac 2018 (Rabu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Seorang usahawan hadir ke Pi1M bagi menyiapkan papan keselamatan yang perlu ditampal di dalam premis perniagaan bagi menunjukkan papan tanda keselamatan semasa premis tersebut diperiksa.
|
Aktiviti |
Usahawan bersama suami beliau meminta bantuan petugas untuk menghasilkan papan tanda keselamatan dengan mudah dan cepat dan petugas memberi penyelesaian dengan menggunakan MS Office Power Point. Hanya dengan menggunakan aplikasi tersebut, usahawan tersebut dapat menyiapkan papan tanda keselematan yang ringkas dan mudah.
|
|
Tarikh & Hari | : | 2 Mac 2018 (Jumaat) & 5 Mac 2018 (Isnin) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 9 orang |
Tujuan |
Seramai 9 orang penggunaa Pi1M hadir ke Pi1M bagi menggunakan kemudahan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru mereka dengan mencari maklumat menggunakan enjin carian.
|
Aktiviti |
Kesemua pengguna merupakan pelajar Tingkatan 3 namun penggunaan mereka dalam mencari maklumat adalah terhad. Petugas membantu mereka menggunakan Enjin Carian dengan berkesan dan efektif. Dengan cara ini, peserta dapat mencari maklumat dengan mudah dan cepat. Penggunaan telefon pintar untuk mencari maklumat dan penggunaan komputer untuk mencari dan mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih. Pengguna juga didedahkan dengan kesedaran berkenaan Klik Dengan Bijak.
|
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 3 Mac 2018 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang peserta menggunakan Ms Office Word dan mengaplikasikannya dengan menghasilkan kamus bergambar untuk dijadikan sebagai tugasan persekolahan yang memerlukan setiap pelajar menghasilkan kamus bergambar di dalam Bahasa Arab.
|
Aktiviti |
Adik Muhammad Uzair menggunakan MS Office Word bagi menghasilkan kamus bergambar. Beliau mencari idea bagaimana untuk menghasilkan kamus tersebut secara kreatif dan apa yang dibuat adalah dengan memasukkan kesemua gambar yang menarik untuk dihasilkan sebagai kamus interaktif. Kamus tersebut perlu dihasilkan di dalam bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu daripada subjek yang perlu diambil oleh nya.
|
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari |
: | 24 Februari 2018 (Sabtu) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 Orang |
Tujuan |
Seorang peserta dewasa wanita ingin membuat jeruk asam boi pedas namun ingin melihat sendiri bagaimana proses pembuatan jeruk asam boi. Aplikasi yang sesuai digunakan untuk mencapai hasrat wanita dewasa ini adalah dengan menggunakan Youtube dimana terdapat proses pembuatan jeruk asam boi.
|
Aktiviti |
Peserta memasukkan pautan laman sesawang iaitu www.youtube.com untuk mencari proses penghasilan jeruk asam boi pedas bagi memudahkan beliau memahami bahan dan cara pembuatan produk tersebut.
|
|