Tarikh & Hari  22 Februari 2018 (Khamis) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 

Dua orang belia hadir ke Pi1M Kanchong Darat untuk mengisi pendaftaran untuk memasuki ke universiti awam dengan mengikut kelayakan yang ada pada mereka. 

 

Aktiviti 

Peserta menggunakan laman sesawang https://online.mohe.gov.my/upu/UPUOnline/ untuk menempatkan diri mereka di dalam universiti awam yang sesuai dengan kelayakan SPM mereka yang lalu.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  20 Februari 2018 (Selasa) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Seorang peserta dewasa wanita yang sedang mengambil Sijil Kemahiran Jahitan Tahap 3 menyiapkan tugasan dan latihan bengkel yang telah dijalani menggunakan MS Office Word.

 

Aktiviti 

Peserta dibantu oleh petugas dalam menyiapkan tugasan beliau setelah mengikuti bengkel praktikal dengan memasukkan gambar dan maklumat yang telah dilakarkan di dalam kertas yang dicatat oleh beliau semasa bengkel dijalankan. Tugasan di dalam bentuk Ms Office Word adalah lebih kemas dan senang untuk penyelia menyemak tugasan beliau.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari : 14 & 15 Februari 2018 (Rabu & Khamis) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan

Seorang peserta belia OKU lelaki mengikuti kelas asas MS Office Word bagi mengisi masa lapang beliau yang telah tamat pembelajaran Sijil Kemahiran Masakan Tahap 2. 

 

Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan penggunaan asas MS Office Word seperti menaip, menukar saiz, jenis warna tulisan, memasukkan jadual, gambar, kotak. Peserta juga diberi latihan agar untuk mengukuhkan lagi pemahaman beliau dalam penggunaan MS Office Word. Setelah didedahkan dengan pelbagai fungsi, peserta menjalani sedikit kuiz mengejut dari petugas yang mengajar beliau untuk melihat tahap kefahaman beliau.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  17 Februari 2018 (Sabtu) 
Masa 10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 1 Orang 

 

Tujuan 

Seorang peserta merupakan pelajar Kolej Vokasional di dalam Kursus Kulinari menyiapkan tugasan berkenaan modul yang telah dipelajari dalam masa satu minggu pembelajaran dengan menggunakan MS Office Word.

 

Aktiviti 

Peserta mempelajari kaedah memasukkan gambar, memasukkan jenis tulisan yang sesuai, memasukkan kotak bagi memudahkan dan mengemaskan lagi tugasan dalam bentuk Word.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 12 Februari 2018 (Isnin) 
Masa 9.00 pagi - 11.00 pagi 
Lokasi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  15 Orang 

 

Tujuan

Seramai 15 orang warga emas hadir ke Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat bagi menjalani pemeriksaan kesihatan namun walaupun terdapat peserta yang bukan dari kategori Warga Emas, masih boleh menjalani saringan kesihatan.

 

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan bagi program ini adalah pemeriksaan BMI Ideal kepada peserta terlibat, bacaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah. Sedikit penerangan kepada peserta mengenai hasil pemeriksaan kesihatan dari petugas kepada peserta terlibat.

 

Gambar Di Sini