Tarikh & Hari  11 Februari 2018 (Ahad) 
Masa 3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat  
Peserta 1 Orang 

 

Tujuan 

Seramai seorang dewasa lelaki ingin mempelajari berkenaan Asas MS Office Power Point. Beliau ingin mempelajari agar dapat membantu anaknya yang sering bertanyakan tugasan sekolah. Di samping itu juga, beliau berharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam penggunaan MS Office yang dipelajarinya.

 

Aktiviti

Sebelum ini,peserta telah didedahkan dengan penggunaan asas Ms Office Power Point dan pada hari ini, peserta akan mempelajari menghasilkan asas poster yang boleh dilakukan dengan hanya menggunakan MS Office Power Point dengan memasukkan gambar, tulisan, table, dan sebagainya.

  

Gambar Di Sini

Tarikh & Hari  8 Februari 2018 (Khamis) 
Masa 3.00 petang - 4.30 petang 
Lokasi Pusat Komuniti DUN Morib, Kg Kelanang 
Peserta 15 Orang 

 

Tujuan

Seramai 15 orang yang terlibat dalam program saringan kesihatan KOSPEN-PI1M bagi menyemak tahap kesihatan peserta semasa program pendaftaran kelas jahitan di jalankan di Pusat Komuniti DUN Morib, Kg Kelanang.

 

Aktiviti

Program saringan dijalankan setelah peserta selesai mendaftar diri bagi mengikuti kelas jahitan yang akan dijalankan pada masa yang ditetapkan. Saringan yang dijalankan adalah seperti pemeriksaan berat ideal, bacaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  5 Februari 2018 (Isnin) 
Masa  11.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  24 Orang 

 

Tujuan 

Seramai 24 pelajar Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah dari tingkatan 1 Intan mengikuti program advokasi SKMM iaitu Klik Dengan Bijak dengan menggunakan modul Maklumat Palsu, Perkongsian Berlebihan dan  Pembulian Siber. Disamping itu juga mereka didedahkan dengan Mobile e-Waste.

 

Aktiviti 

Pelajar ini dibawa oleh Guru Tingkatan mereka iaitu Cikgu Azmi semasa matapelajaran Bahasa Inggeris dan mereka perlu mengikuti aktiviti ini sebagai salah satu modul yang diajar oleh Cikgu Azmi. Selain dari ceramah, petugas juga menayangkan beberapa video berkenaan modul bagi memudahkan pemahaman peserta. Setelah selesai, petugas bertanyakan soalan dan memberi saguhati kepada peserta sebagai salah satu inisiatif untuk mereka berani berkata di hadapan rakan-rakan.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 7 Februari 2018 (Rabu)
Masa 10.00 pagi - 11.00 pagi 
Lokasi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 34 Orang

 

Tujuan 

Seramai 34 orang pelajar Tingkatan 1 Zamrud dari Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah telah mengikuti program advokasi yang dijalankan di Pi1M Kanchong Darat dengan kerjasama Cikgu Azmi (Guru Matapelajaran Bahasa Inggeris) untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar yang majoriti memiliki telefon pintar dalam modul Maklumat Palsu, Perkongsian Berlebihan, Pembulian Siber dan Mobile e-Waste.

 

Aktiviti 

Peserta diberi taklimat kesedaran berkenaan etika semasa menggunakan teknologi maklumat sambil penerangan tambahan berkenaan Mobile e-Waste. Terdapat sesi soal jawab antara peserta dan petugas serta kepada yang berjaya menjawab soalan daripada petugas, mereka akan diberi cenderahati.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 3 Februari 2018 (Sabtu) 
Masa 12.30 tenghari - 1.00 petang 
Lokasi Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat 
Peserta : 20 orang 

 

Tujuan 

Seramai 20 orang peserta yang mengikuti saringan kesihatan bagi menyemak tahap kesihatan. Fokus peserta adalah kepada yang berumur 18 tahun dan ke atas.

 

Aktiviti 

Pemeriksaan yang dijalankan di sini semasa program ini dijalankan adalah pemeriksaan berat yang ideal, pemeriksaan bacaan tekanan darah dan bacaan gula dalam darah.

 

Gambar Di Sini