Tarikh & Hari | : | 3 Februari 2018 (Sabtu) |
Masa | : | 9.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 25 Orang |
Tujuan |
Usahawan sekitar DUN Morid hadir seramai 25 orang untuk mengikuti seminar yang dijalankan. Perkongsian ilmu mengenai ilmu untuk kaedah-kaedah yang berjaya untuk mempromosikan produk dengan menggunakan teknologi sama ada menggunakan laman sosial atau blog atau laman sesawang.
|
Aktiviti |
Penerangan mengenai pemahaman dalam konsep 'viral' yang selalu disebut pada masa kini. Wajib tahu mengenai produk yang ingin di'viralkan' sebelum memviralkan sesuatu promosi. Penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak juga diselitkan setelah seminar tamat.
|
Tarikh & Hari | : | 25 Januari 2018 (Khamis) |
Masa | : | 3.00 petang - 4.30 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 7 orang |
Tujuan |
Pelajar sekolah menengah seramai 7 orang didedahkan dengan penggunaan modul - modul yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti bagi memberi pengetahuan baru berkenaan penggunaan Dashboard Komuniti.
|
Aktiviti |
Terdapat tiga aktiviti utama yang dijalankan iaitu "Luahan Hati Pengguna Pi1M" melalui penggunaan MyKomuniti, "Persoalan Kampungku" melalui penggunaan MySoal dan "Usahawan Tempatan Kita?" melalui penggunaan modul MyShop. Setelah mereka didedahkan dan menggunakan fungsi tersebut, peserta juga diberi pendedahan di dalam advokasi SKMM iaitu Klik Dengan Bijak dan Mobile e-Waste.
|
|
Tarikh & Hari | : | 3 Januari 2018 (Rabu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 Orang |
Tujuan |
Komuniti sekitar Kanchong Darat dijemput untuk mengemaskini maklumat peribadi bagi BR1M sebelum 25 Januari 2018. Tarikh pengemaskinian maklumat peribadi ini telah dilanjutkan.
|
Aktiviti |
Komuniti perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan menjawab soalan keselamatan bagi membolehkan mereka untuk mengemaskini maklumat peribadi mereka melalui laman sesawang http://ebr1m.hasil.gov.my
|
|
Tarikh | : | 15 Januari 2018 |
Masa | : | 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 15 orang |
Tujuan |
Menjalani saringan kesihatan kepada komuniti Kanchong Darat namun difokuskan kepada belia wanita yang berumur sekitar 18 tahun sehingga 30 tahun.
|
Aktiviti |
Aktiviti yang dijalankan antaranya adalah pemeriksaan berat, tinggi dan pengiraan BMI, pemeriksaan tekanan darah serta pemeriksaan gula dalam darah.
|
|
Tarikh | : | 12, 20 & 21 Januari 2018 |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet 1Malaysia Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 orang |
Tujuan |
Kelas ini dihadiri oleh dua belia wanita yang ingin mempelajari asas MS Office Power Point 2010 untuk diaplikasikan di dalam pekerjaan yang akan diceburi.
|
Aktiviti |
Pengenalan kepada Asas MS Office Power Point 2010 dimana peserta akan belajar bagaimana menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Power Point 2010. Peserta juga membuat latihan bersama- sama tenaga pengajar.
|
|