Tarikh & Hari  04 April 2024 (Khamis) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tenghari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  10 orang 

 

Tujuan 

Bengkel inin bertujuan untuk meningkatkan pemahaman peserta menjawab soalan (quizz.com) dan menguji kecekapan menyelesaikan teka silang kata.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan mengenai cara menjawap soalan di quizz.con dan cara bermain teka silang kata. Aktiviti dimulakan dengan mengarahkan peserta menjawap soalan bahasa melayu, sains dan bahasa inggeris. Selain itu, pesrta diarahkan untuk bermain teka silang kata.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  02 April 2024 (Selasa) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Word. Peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah mempelajari asas untuk kegunaan mereka di sekolah.

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Word di mana peserta akan diajar cara-cara untuk memasukkan dan mengedit gambar ke dalam fail yang tersedia. Selain itu, peserta juga diber latihan cara untuk memasukkan teks ke dalam gambar yang sedia ada.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  25 March 2024 (Isnin) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

ICT adalah penggunaan medium dan kaedah teknologi komputer. Peserta di dedahkan dengan penggunaan teknologi seperti penggunaan komputer dan internet sebagai salah satu cara pembelajaran alternatif.

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas ICT iaitu membuat e-Dagang melalui Whatsapp Business. Peserta adalah daripada penduduk sekitar Kanchong Darat. Pelajar di ajar cara-cara menggunakan teknologi komputer dan internet untuk membuat transaksi perniagaan daripada aplikasi Whatsapp Business di telefon pintar ke PC secara atas talian.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  01 April 2024 (Isnin) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  3 Orang 

 

Tujuan 

Usahawan sekitar Kanchong telah menyertai Program Jahitan Lencana Sekolah dimana peserta menjahit sendiri lencana yang diberikan. Program ini berkerjasama dengan Sister Aza. Peserta dapat mengetahui cara bagaimana menjahit lencana sekolah yang diberikan.

Aktiviti 

Program ini memberi ilmu menjahit dan cara menggunakan mesin jahit yang dibekalkan oleh pihak pengajar. Peserta diberi penerangan mengenai jahit lencana yang perlu dijahit. Program ini sangat bermanfaat kepada peserta yang suka menjahit.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  24 March 2024 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tenghari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  6 orang 

 

Tujuan 

Membantu meningkatkan kemahiran pelajar, terutama dalam membuat tasbih dengan sendiri disamping dapat meningkatkan pengetahuan dan kreativiti peserta.

Aktiviti

NADI Kanchong Darat menjemput Encik Faiz untuk mengadakan aktiviti bagi peserta. Peserta diberi tali khas untuk tasbih dan beberapa set manik. Tenaga pengajar dibantu petugas NADI menerangkan dan menunjukkan demo bagaimana untuk menghasilkan seutas tasbih manik. Peserta dapat mempelajari dan berjaya menghasilkan tasbih mengikut kreativiti masing-masing.

Gambar Disini