Tarikh & Hari  23 March 2024 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tenghari
Lokasi  NaDi Kanchong Darat 
Peserta  6 orang 

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membuat aktiviti asas menjahit butang pada bag duit syiling.

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar oleh cikgu jahitan. Barang keperluan seperti butang, jarum, benang dan bag kain disediakan. Peserta berjaya membuat jahitan butang dengan bantuan cikgu jahitan dan petugas.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  21 March 2024 (Khamis) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tenghari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  10 orang 

 

Tujuan 

Bengkel TikTok yang dipelajari oleh usahawan merupakan adalah aplikasi yang digunakan untuk mempromosikan produk jualan yang kini popular dikalangan masyarakat di Malaysia. Aplikasi ini juga dapat memberi impak besar jika digunakan dengan betul.

Aktiviti

Peserta diberi pendedahan mengenai cara merekod, mengedit video seterusnya memasukkan dalam TikTok. Aplikasi TikTok boleh di akses oleh semua pengguna dalam pelbagai platform.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  17 March 2024 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi- 12.00 tengahari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  10 orang 

 

Tujuan 
Seramai 10 orang pelajar sekolah rendah telah mendaftarkan diri untuk menyertai bengkel Stem IoT. Bengkel ini bertujuan untuk mengembangkan minda peserta dalam mencipta sebuah telefon pintar iaitu Iphone.
Aktiviti
Peserta akan diminta untuk melayari laman sesawang Neal.fun dan memilih design the next iphone. reka bentuk iphone adalah berdasarkan kreativiti masing-masing.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  19 March 2024 (Selasa) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NaDi Kanchong Darat 
Peserta  10 orang 

 

Tujuan 

Menggalakkan pelajar untuk memilih pusat internet sebagai tempat mencari bahan ilmu di internet dan ulangkaji pelajaran.

Aktiviti

Subjek sains dengan topik rantaian makanan haiwan dan tabiat makanannya. Petugas NaDi juga memberi tunjuk ajar dalam mencari info di internet. Peserta juga di beri latihan mudah untuk peserta ini lebih faham akan topik yang dibincangkan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  16 March 2024 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  10 orang 

 

Tujuan 
Seramai 10 orang pelajar sekolah rendah telah menghadirkan diri ke NaDi Kanchong Darat bagi membuat latihan yang terdapat di dalam aplikasi Rapid Typing tersebut. Mereka menyatakan bahawa aplikasi ini dapat membantu mereka menggunakan papan kekunci dengan selamat dan betul.
Aktiviti
Pada sesi kali ini, mereka meneruskan latihan yang terdapat di dalam aplikasi ini dengan lebih tangkas dan betul. Hanya beberapa kesilapan yang yang didapati semasa menaip mungkin kerana terlalu laju untuk menaip.

Gambari Disini