𝐏𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐢𝐤𝐢 𝐩𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝐢𝐧𝐢 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)

Proses penghantaran pulang pelajar menaiki pesawat ke Sabah dan Sarawak termasuk zon utara, zon tengah dan zon selatan di Semenanjung akan bermula 1 Mei ini menggunakan perkhidmatan penerbangan berjadual.

Bagi pelajar yang berada di Terengganu dan Kelantan akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Bagi zon utara, mereka akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang,

Bagi zon selatan pula, pelajar akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

Sumber: Laporan Sidang Media oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob