Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyeru agar masyarakat Malaysia mengamalkan nilai-nilai murni dan bertanggungjawab atas sebarang sebaran informasi dan berita. Tindakan membuat pautan palsu ke laman media atas talian atau laman media Kerajaan adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh diambil tindakan mengikut perundangan sedia ada. MKN kesal dengan perbuatan ini dan tindakan tegas akan diambil kepada pelaku sebaran palsu ini. Tentukan Sahih, Baru Kongsi!