Keselamatan yang terjamin amat penting bagi penduduk untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini di samping untuk memelihara kesejahteraan dan ketenteraman kampung. Peranan anggota polis dan badan bukan kerajaan seperti RELA amat penting dalam membantu mengekang masalah yang berlaku. Berikut merupakan pihak yang boleh dihubungi berhubung isu keselamatan.
Selain itu, di kampung ini juga diwujudkan pasukan RELA Kanchong Darat. Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah seperti :
• Mengawal keadaan kelancaran sesuatu program rasmi dan tidak rasmi
• Membuat rondaan malam
• Membantu kerja-kerja kemasyarakatan