D'SAL KEMBANG GOYANG FOOD'S | ||
Nama Usahawan | : | Pn Salbiyah Binti Sahrin |
Nama Produk | : | Kuih Ros & Kuih Ros Bijan |
Kisah Penglibatan dalam bidang keusahawanan | : | Bermula pada tahun 2000, dengan dimulakan oleh ibunya dan disambung oleh beliau pada tahun 2011. Modal permulaan sebanyak RM10,000 untuk membina bangunan seluas 10 x 10 kaki |
Pengalaman | : | Pada permulaan perniagaan ini, anggaran pendapatan dalam RM1,500. Selepas mempromosikan perniagaan, Alhamdulillah. Pendapatan meningkat dalam sekali ganda. |
Alamat | : | Batu 23 1/2, Jalan Pulai, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor |
No Telefon | : | 0142657158 / 0196092951 |
Media Sosial | : | Facebook : D'Sal Kembanggoyang |
Video | : | Kisah Kejayaan Usahawan Pusat Internet Kanchong Darat |
Gambar Produk Utama | : |
Sebagai sebuah perkampungan tradisional, Kanchong Darat terkenal dengan kepelbagaian budaya yang mencerminkan kehidupan masyarakat setempat yang rata-ratanya berketurunan Jawa. Kepelbagaian budaya ini telah memberikan idea kepada penduduk tempatan untuk menjadikannya sebagai salah satu punca pendapatan. Deretan kedai yang menghiasi sepanjang laluan di Kanchong Darat jelas menggambarkan kerancakkan dalam bidang ekonomi yang diusahakan oleh penduduk di sekitarnya. Antara bentuk perusahaan yang terdapat di Kanchong Darat termasuklah perusahaan makanan tradisional, perusahaan kek, roti dan biskut, seni ukuran dan pertukangan, kraf tangan dan dekorasi, pakaian dan sebagainya.