USAHAWAN PRODUK BAKERI KEK TAPAK KUDA |
Nama | : | Israhayu Binti Mahat |
Umur | : | 44 Tahun |
Ahli | : | 16 Febuari 2024 |
Latar Belakang |
Seorang usahawan yang mempunyai perniagaan berasaskan produk bakeri kek tapak kuda. Produk yang dihasilkan dri rumah itu telah mendapat tempat di hati pembelinya. Beliau juga telah berkahwin dan dikurniakan beberapa orang anak. Selain itu, beliau merupakan seorang yang komited dalam mengikuti kelas-kelas yang dijalankan oleh NADI Kanchong Darat. |
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet |
Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak tahu cara mengiklan produk menggunakan platform atas talian. Beliau juga kurang mahir dalam menghasilkan pemasaran digital bagi mengiklankan produk yang diniagakan. |
Selepas Pengunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet |
Setelah mengikuti kelas ICT di NADI Kanchong Darat, beliau dapat mengenali apa itu asas pemasaran digital. Pn Israhayu merupakan seorang yang rajin mengikuti kelas di NADI Kanchong Darat. Jika ada masa terluang beliau akan hadir ke NADI untuk berjumpa dengan petugas NADI mengenai sebarang kemusykilan. |