ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

         Selamat datang ke gerbang portal NaDi Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat, Selangor. Portal ini disediakan bagi memberi maklumat dan informasi yang berguna kepada para pengunjung di laman ini.

        NaDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada penyediaan ICT di kawasan luar bandar. Pada permulaannya, pusat ini lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) sebelum bertukar nama kepada Pusat Internet pada tahun 2013.

       Sebanyak 12 NaDi pertama diwujudkan untuk Fasa Rintis, diikuti pula oleh 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, serta 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. NaDi Kanchong Darat merupakan pusat internet yang diwujudkan dalam Fasa 2 dan mula beroperasi pada tanggal 1 Mac 2010.

 

Objektif Penubuhan NaDi :

I   - Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar

II  - Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti

III - Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet

IV - Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melaluikemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 

 

Kemudahan & Perkhidmatan Yang Disediakan

1.   Komputer & Internet

2.   Kelas ICT dan Latihan Keusahawanan (Percuma kepada ahli berdaftar)

3.   Fotostat

4.   Printing

5.   Binding

6.   Laminate

7.   Scanning

8.   Pembayaran Bil (Elektrik, Air, Telefon, ASTRO, IWK, dll)

9.   Deposit & Pengeluaran Wang (Akaun BSN sahaja)

10. Tambah nilai pra-bayar / top-up (Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune-Talk, Altel)

11. Pendaftaran akaun dan tambah nilai pra-bayar NJOI

12. Pinjaman Netbook (Terhad)

 

Kenali Petugas NaDi

Untuk menjadi Petugas NaDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi Petugas NaDi. Tanggungjawap dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami.

 

PENGURUS

 


Nama : Nurfarah Nadwah Binti Zolkepili

Mula Berkhidmat : 20 Januari 2023

 

PENOLONG PENGURUS

Nama : Nurulsafinah Binti Ismail

Mula Berkhidmat : 20 Ogos 2018