Tarikh&Hari | : | 21 November 2020 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 7 Orang |
Tujuan |
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah bagi mengajar peserta yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Menjadi agen dropship adalah salah satu cara mendapat pendapatan sampingan sebagai permulaan perniagaan. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dijalankan adalah penerangan ringkas oleh petugas tentang kepentingan perniagaan secara atas talian pada masa kini. Petugas juga membantu mengajar peserta membuka akaun gmail baru sebagai langkah permulaan sebelum peserta membina akaun facebook. Sebagai permulaan petugas turut mencadangkan kepada peserta supaya memulakan perniagaan sebagai "dropship" dahulu kerana modal dan risiko yang rendah kerana beliau yang masuh kurang pengetahuan dan pengalaman dalam bidang ini. |