KELAB BELIA UNGGUL DAERAH KUALA LANGAT

       Kelab Belia Unggul Daerah Kuala Langat telah ditubuhkan pada 12 Januari 2008 dan telah didaftarkan sebagai pertubuhan belia di bawah seksyen 10 AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 PERATURAN-PERATURAN BELIA (PENDAFTARAN) 2007. KBU telah bersiap sedia sebagai Pertubuhan Belia yang mempunyai segala potensi dan berperanan sebagai agen perubahan, penyampai maklumat serta menjadi agen penghubung dalam usaha melahirkan golongan belia yang berjati diri dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

 

VISI & WAWASAN KELAB BELIA UNGGUL DAERAH KUALA LANGAT

  • Ke arah pembentukan kumpulan belia berumur 15-40 tahun yang bersatu padu, bekerjasama agar dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat dan negara serta mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan berdaya saing.
  • Melahirkan belia yang berdisiplin, bertanggungjawab, prihatin, mahir, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, patriotik, sentiasa berkhidmat dan daya juang yang tinggi serta berfikiran positif.
  • Mempertingkatkan perkembangan pembangunan belia melalui bidang keusahawanan, pendidikan, pertanian, kemahiran dan teknologi maklumat.


CARTA ORGANISASI KELAB BELIA UNGGUL DAERAH KUALA LANGAT SESI 2013-2016

PENAUNG
Ibrahim Bin Baharum

PENGERUSI
Nurul Hafiz Bin Hj Omar

TIMBALAN PENGERUSI
Syahrul Nizam Bin Mhd Moksin

NAIB PENGERUSI
Mohd Fazlan Bin Ismail

SETIAUSAHA
Habitul Hakim Bin Hj Omar

BENDAHARI
Rozana Binti Ahmad

AHLI JAWATANKUASA
Husaini Bin Mohd Salleh
Nor Kamal Bin Ahmad
Muhammad Azlan Bin Haji Omar
Muhammad Shahreza Bin Sharuddin
Naqib Bin Ramlan
Ummi Nadra Binti Batelon

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Nur Fateha Binti Kusrin
Iswandy Bin Rohmad

 

1. BIRO AGAMA ISLAM, KEBAJIKAN & MASYARAKAT

PROGRAM SISIPAN BAKTI KBU
Menjalankan khidmat masyarakat, sumbangan pakaian dan keperluan sekolah kepada ahli-ahli KBU, gotong-royong serta kebakan ahli-ahi KBU.

PROGRAM BISIKAN NUR KBU
Menjalankan aktiviti sambutan keagaan seperti Maal Hijrah, Maulidur Rasul, Tadarus Al-Quran, Qiyamullail serta melaksanakan kelas-kelas pengajian Islam kepada ahli-ahli KBU.

PROGRAM LATIHAN
Membantuntu Biro Pembangunan Insan dalam penyediaan modul latihan kerohanian untuk perlaksanaan Kem Motivasi, Kem Kepimpinan serta kursus/bengkel anjuran KBU.

PROGRAM KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM
Nasyid, Marhaban dan Cempuling Tradisional

KHIDMAT NASIHAT & PERUNDING
Membantu gerakan organisasi KBU bagi menjana pendapatan organisasi dalam perlaksanaan program/pengurusan acara.


2. BIRO PENERANGAN, IT DAN KEBUDAYAAN

PROGRAM KEBUDAYAAN & KESENIAN
Aktiviti/latihan kebudayaan seperti Koir, Tarian Tradisional, Muzik Tradisional, Seni Silat.

PROGRAM PROMOSI/PENERANGAN
Menjalankan aktiviti promosi, pameran serta penyebaran pemplet.

PROGRAM LATIHAN
Membantu Biro Pembangunan Insan di dalam penyediaan peralatan latihan untuk perlaksanaan Kem Motivasi, Kem Kepimpinan serta kursus/bengkel anjuran KBU.

TEKNOLOGI MAKLUMAT (IT)
Membangun & mengemaskini weblog, menguruskan facebook/menyelia perkakasan IT.

KHIDMAT NASIHAT & PERUNDING IT
Membantu gerakan organisasi KBU menjana pendapatan organisasi dalam perlaksanaan program.pengurusan acara/teknikal.


3. BIRO PEMBANGUNAN INSAN

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH/IPT
Menjalankan program di sekolah/IPTA/IPTS berkenaan arah tuju pelajar.

PROGRAM KEPIMPINAN/SAHSIAH BELIA
Menjalankan program usahasama Kementerian Belia & Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia.

PROGRAM LATIHAN BELIA/KORPORAT
Menjalankan khidmat latihan kemahiran kepada belia serta korporat

KHIDMAT NASIHAT & PERUNDING MOTIVASI/LATIHAN/TEAMBUILDING/ KHIDMAT TENAGA PENGAJAR/JURULATIH
Membantu gerakan organisasi KBU bagi menjana pendapatan organisasi dalam perlaksanaan program/pengurusan acara/teknikal


4. BIRO SUKAN, REKREASI & KESIHATAN

PROGRAM SUKAN
Aktiviti /latihan futsal, bola jaring , badminton,bola sepak,sepak takraw dll

PROGRAM PROMOSI KESIHATAN/KECERGASAN
Menjalankan aktiviti promosi kesihatan, latihan kecergasan gym rakyat, senamrobik dll

PROGRAM REKREASI
Wall claimbing, obstacle, paintball, permotoran, pendakian, perkhemahan,kanu/rakit

KHIDMAT NASIHAT & PERUNDING PENGURUSAN SUKAN
Membantu gerakan organisasi KBU bagi menjana pendapatan organisasi dalam pelaksanaan program/ pengurusan acara/teknikal



PENCAPAIAN DAN PENGIKTIRAFAN

PENERIMA ANUGERAH BELIA NEGARA 2010 PERINGKAT NEGERI SELANGOR
"Johan Kategori Anugerah Perdana Pertubuhan Belia"