Tarikh & Hari  22 April 2024 (Isnin) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  3 Orang 

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di NADI serta mempromosi kelas ICT secara percuma untuk ahli yang berdaftar. Selain itu, dapat menghebahkan kepada komuniti tentang perkhidmatan yang ada di NADI. Kelas stem iot ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Kelas ini dapat mempelajari math secara atas talian menggunakan susunan puzzles.

Aktiviti 

Aktiviti yang dijalankan adalah melengkapkan puzzles seperti asal. Selain itu, peserta akan membiasakan diri dengan penggunaan tetikus semasa menjalankan aktiviti tersebut. Peserta membuka laman web puzzles math dan mencantumkan mengikut bentuk yang betul. Peserta dibantu oleh petugas dalan menyusun puzzles.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  20 April 2024 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  10 orang 

 

Tujuan 

Mencapai berbagai hasil yang menyokong tujuan bisnes anda melalui penggunaan platform dan alat-alat digital. Seperti meningkatkan kesedaran tentang pelanggan untuk menciptakan konten yang menarik. Meningkatkan penjualan melalui berbagai cara secara online. Mengunakan emel marketing, program atau konten berkualiti untuk memastikan pelanggan tetap setia.

Aktiviti

Memberikan pemahaman dasar tentang apa itu pemasaran digital, termasuk definasi,tujuan dan manfaatnya. Jelaskan perbezaan antara pemasaran tradisional dan pemasaran digital.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  16 April 2024 (Selasa) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  NADI Kanchong Darat
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini dihadiri oleh 10 orang peserta yang merupakan usahawan NADI Kanchong Darat. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahairan usahawan tempatan supaya lebih maju dan berdaya saing dalam bidang teknologi maklumat dan pernggunaaan medium pemasaran produk melalui platform Lazada.

Aktiviti 

Para peserta bengkel mempelajari cara pengurusan pemasaran dan penghantaran tempahan produk di platform Lazada. Peserta diberikan penerangan tentang kegunaan dan kelebihan kaedah penjualan dalam Shopee. Petugas menunjukkan cara-cara untuk memuat naik produk Lazada dengan memasukkan keterangan dan cara-cara menguruskan kedai atas talian.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  18 April 2024 (Khamis) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Mempromosikan perkihdmatan dan keberadaan NADI Kanchong Darat. Seterusnya mempelajari cara mendaftar perniagaan secara online di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Selain itu dapat mengembangkan perniagaan usahawan tempatan.

Aktiviti 

Pendaftaran lesen SSM menggunakan sistem EZBIZ sangat pantas dengan hanya mengikut langkah pertama iaitu renewal selection, langkah kedua business detail, langkah ketiga make payment dan langkah yang keempat iaitu print sijil SSM.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  15 April 2024 (Isnin) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  3 Orang 

 

Tujuan 

Aktiviti kali ini adalah permainan Sudoku yang merupakan satu permainan berdasarkan logik. Permainan ini berasal daripada Negara Jepun. Sudoku memberi maksud 'nombor persendirian' dalam bahasa Jepun.

Aktiviti 

Permainan ini mempunyai 9x9 grid dan mempunyai 3x3 subgrid yang dipanggil sebagai "kawasan". Permainan ini dimulai dengan beberapa sel yang sudah terisi dengan angka. Peserta diminta untuk selesaikan permainan sehingga ke akhir permainan.

Gambar Disini