Tarikh & Hari  13 September 2024 (Jumaat) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan 
Seorang wanita telah menghadirkan diri ke NADI Kanchong Darat bagi membuat permohonan online baucer buku bagi permohonan peringkat universiti beliau. Peserta perlu menyemak status kelayakkan terlebih dahulu dan membuat permohonan atas talian di laman sesawang yang diberikan.
Aktiviti
Peserta akan dibantu oleh petugas dan permohonan berjalan dengan lancar. Peserta perlu memuat turun salinan sebagai simpanan pada masa akan datang.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  10 September 2024 (Selasa) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  5 Orang 

 

Tujuan 

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.

Aktiviti 

Petugas memberi tutorial di dalam bentuk video bagi memudahkan komuniti untuk memohon bantuan BINGKAS. Peserta wajib membawa segala salinan dokumen yang diperlukan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  04 September 2024 (Rabu) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Word. Peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah mempelajari asas untuk kegunaan mereka di sekolah.

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Word di mana peserta akan diajar cara-cara untuk memasukkan dan mengedit gambar ke dalam fail yang tersedia. Selain itu, peserta juga diber latihan cara untuk memasukkan teks ke dalam gambar yang sedia ada.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  07 September 2024 (Sabtu) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  6 orang 

 

Tujuan 
Seramai 6 orang pelajar sekolah rendah telah menghadirkan diri ke NADI Kanchong Darat bagi membuat latihan yang terdapat di dalam aplikasi Rapid Typing tersebut. Mereka menyatakan bahawa aplikasi ini dapat membantu mereka menggunakan papan kekunci dengan selamat dan betul.
Aktiviti
Pada sesi kali ini, mereka meneruskan latihan yang terdapat di dalam aplikasi ini dengan lebih tangkas dan betul. Hanya beberapa kesilapan yang yang didapati semasa menaip mungkin kerana terlalu laju untuk menaip.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  25 Ogos 2024 (Ahad) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  2 orang 

 

Tujuan 
Seorang wanita telah menghadirkan diri ke NADI Kanchong Darat bagi membuat latihan yang terdapat di dalam aplikasi Rapid Typing tersebut. Mereka menyatakan bahawa aplikasi ini dapat membantu mereka menggunakan papan kekunci dengan selamat dan betul.
Aktiviti
Pada sesi kali ini, mereka meneruskan latihan yang terdapat di dalam aplikasi ini dengan lebih tangkas dan betul. Hanya beberapa kesilapan yang yang didapati semasa menaip mungkin kerana terlalu laju untuk menaip.

Gambar Disini