Tarikh & Hari 10 Jun 2018 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  2 orang 

 

Tujuan 

Menghasilkan persembahan interaktif bagi mempersembahkan slaid yang dicipta di hadapan guru dan rakan-rakan bagi subjek Sejarah mengenai Kampungku. Persembahan interaktif yang dipilih oleh peserta ini adalah dengan menggunakan Microsoft Office Power Point.

 

Aktiviti 

Dua orang pelajar sekolah Menengah menghadiri kelas persembahan interaktif dengan menggunakan Microsoft Office Power Point . Dengan menggunakan slaid ini, peserta berharap agar markah mereka melalui folio yang telah dihasilkan dapat meningkat dan kemahiran mereka menggunakan teknologi diaplikasikan di dalam pembelajaran. Pada mulanya, peserta agak kekok menggunakan fungsi di dalam Microsoft Office Power Point, namun setelah beberapa ketika, mereka minat dan berani untuk meng 'explore' fungsi lain bagi menghasilkan slaid yang terbaik dan menarik untuk dipersembahkan kepada guru dan rakan.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 8 Jun 2018 (Jumaat) 
Masa 9.00 pagi - 11.00 pagi 
Lokasi Pusat Internet Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 1 orang 

 

Tujuan 

Belia lelaki hadir ke Pusat Internet Malaysia Kanchong Darat untuk mempelajari asas MS Office Excel bagi meningkatkan kemahiran serta akan digunakan di masa hadapan mungkin untuk digunakan dalam pencarian kerja yang memerlukan kemahiran penggunaan aplikasi MS Office Excel.

 

Aktiviti 

Belia lelaki ini telah menghadiri bagi sesi ke tiga untuk mempelajari asas MS Office Excel. Antara yang dipelajarinya ada seperti mengenali column, cell, row, insert, formula dan lain -lain lagi. Setelah mempelajari asas-asas ini, petugas memberikan latihan kepada belia iaitu untuk menghasilkan laporan kewangan bagi diri sendiri seperti yang terdapat di dalam buku Intel Easy Steps. Dengan menggunakan formula dan juga memasukkan fungsi lain ke dalam laporan tersebut, maka belia lelaki tersebut berjaya menghasilkan laporan kewangan dengan bantuan petugas. Di samping itu, belia je memahami penggunaan Ms Office Excel.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 6 Jun 2018 (Rabu) 
Masa 9.00 pagi - 11.00 pagi 
Lokasi  Pusat Internet Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan 

Seorang belia lelaki menghadiri ke Pusat Internet Malaysia Kanchong Darat untuk mendapatkan bantuan mengenai pembelajaran asas mengenai Microsoft Office. Beliau perlu mempelajari asas aplikasi MS Office kerana ingin menggunakan atau mengaplikasikannya di masa hadapan serta menambah kemahiran dalam aplikasi komputer.

 

Aktiviti 

Untuk sesi pertama, En Mohd Faris mempelajari asas penggunaan MS Office Word dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Setelah beliau memahami fungsi dan penggunaan di dalam aplikasi ini, beliau perlu membuat latihan yang diberikan oleh petugas supaya dapat meningkatkan kefahaman beliau dengan menggunakan aplikasi Ms Office Word ini. Apa yang dipelajari beliau antaranya memasukkan kotak, memasukkan gambar, menukar tulisan dan saiz tulisan dan bermacam -macam lagi aktiviti untuk meningkatkan kefahaman beliau.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  7 Jun 2018 (Khamis) 
Masa  9.00 pagi - 11.00 pagi 
Lokasi  Pusat Internet Malaysia Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan 

Seorang belia lelaki mempelajari Ms Office Powerpoint dalam menghasilkan poster atau iklan perniagaan. Ini adalah salah satu kemudahan yang boleh digunakan dengan MS Office PowerPoint selain daripada persembahan. Kemahiran ini diharap dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam menyunting iklan atau poster walaupun hanya menggunakan MS Office Powerpoint.

 

Aktiviti 

Bagi sesi ke dua ini, En Mohd Faris mempelajari fungsi di dalam Ms Office Power Point, iaitu slide, layout, design, themes, transition dan lain-lain lagi. Dengan pendedahan kepada fungsi - fungsi ini, petugas bersama peserta menghasilkan sebuah e-poster melalui Ms Office Power Point tetapi berbentuk iklan minyak wangi. Penggunaan internet di dalam mencari gambar yang sesuai bagi poster, dapat memberi idea kepada peserta untuk menghasilkan poster yang menarik. 

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari 3 Jun 2018 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi Pusat Internet Malaysia Kanchong Darat 
Peserta 1 orang 

 

Tujuan

Seorang belia perempouan hadir ke Pusat Internet meminta bantuan petugas dalam pencarian kerja secara atas talian. Antara medium carian kerja yang digunakan salah satu nya adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jobs Malaysia. Diharapkan dengan pengisian maklumat diri melalui medium ini, belia perempuan tersebut dipanggil untuk temuduga dan seterusnya dapat berkhidmat di dalam sektor awam.

 

Aktiviti 

Belia sebelum ini telah mendaftar secara atas talian melalui www.spa.gov.my namun baru-baru ini telah diwar-warkan mengenai jawatan kosong. Dan beliau menambahbaik maklumat terkini beliau melalui sistem spa tersebut. Manakala, melalui laman sesawang www.jobsmalaysia.gov.my, beliau belum pernah mendaftar dan mengambil peluang untuk mendaftar seterusnya memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan beliau.

 

Gambar Di Sini