Tarikh & Hari | : | 5 Julai 2018 (Khamis) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 3 orang |
Tujuan |
Tiga orang pelajar Sekolah Menengah Batu Laut yang berada di Tingkatan 3 meminta bantuan petugas untuk membantu mereka dalam mencari maklumat berkenaan subjek Geografi dengan menggunakan internet untuk dimasukkan maklumat tersebut kedalam folio yang perlu dihasilkan oleh setiap pelajar Tingkatan 3. Dengan pencarian maklumat menggunakan enjin carian ini, pelajar mendapat kepelbagaian maklumat setelah menjalankan carian maklumat menggunakan enjin carian dan ia mencukupi bagi menghasilkan folio mereka.
|
Aktiviti |
Peserta diminta untuk membuka enjin carian melalui Chrome dan menaip kata kunci untuk dicari. Peserta perlu mencari maklumat berkenaan pertanian atau perlaadangan sama ada kelapa sawit atau yang berkaitan dengan tajuk yang telah diberi oleh guru mereka. Dengan menggunakan kata kunci yang ditaip, pelbagai maklumat yang muncul dan mereka mengambil maklumat tersebut sambil mengambil sumber untuk dimasukkan ke dalam rujukan folio mereka. Dalam masa yang sama, peserta ditunjuk bagaimana untuk menyimpan gambar dari enjin carian dan gambar tersebut dimasukkan ke dalam pendrive yang dibawa oleh mereka. Gambar ini akan digunakan di dalam folio yang akan dihasilkan nanti.
|
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 2 Julai 2018 (Isnin) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 2 orang |
Tujuan |
Dua orang tenaga pengajar bagi SKM Tahap 2 untuk kursus Jahitan telah hadir ke Pusat Internet dan memohon bantuan petugas untuk membantu mereka dalam mencari maklumat menggunakan internet supaya bahan dan maklumat tersebut dijadikan bahan pengajaran mereka semasa kelas diadakan nanti. Bahan yang perlu dicari menggunakan carian enjin adalah berkenaan Skirt.
|
Aktiviti |
Peserta terlibat membuka laman carian maklumat yang diperlukan dan mengambil bahan - bahan yang dijumpai untuk dijadikan maklumat semasa penyampaian di dalam kelas yang akan diadakan mengikut waktu yang ditetapkan. Maklumat yang telah dijumpai, mereka simpan dengan cara menangkap gambar menggunakan telefon pintar untuk disimpan dan akan dibuat sebuah slide untuk tajuk Skirt tersebut.
|
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 25 Jun 2018 (Isnin) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang pelajar sekolah menengah mempelajari kaedah yang sesuai dalam mencari maklumat untuk dijadikan rujukan bagi mata pelajaran yang perlu disiapkannya. Disamping itu, pelajar juga mempelajari bagaimana salin dan tampal maklumat yang dijumpai ke dalam MS Office Word.
|
Aktiviti |
Pelajar ditunjukkan oleh petugas bagaimana untuk menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat iaitu Google. Dengan menaip kata kunci, pelajar terus memperoleh maklumat dan rujukan yang diperlukannya dalam masa yang singkat. Setelah menjumpai maklumat tersebut, pelajar ditunjukkan pula oleh petugas bagaimana fungsi 'copy' dan 'paste' di dalam MS Office Word. Apabila pelajar telah mengambil kesemua maklumat dan rujukan yang diperlukan, pelajar mencetak helaian yang diperlukan untuk membuat tugasan yang diberikan oleh gurunya dirumah dan dibantu dengan maklumat yang telah dicari.
|
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 28 Jun 2018 (Khamis) |
Masa | : | 3.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 4 orang |
Tujuan |
Empat orang pelajar sekolah menengah telah datang ke Pusat Internet untuk membuat latih tubi yang telah diberikan oleh guru Sains mereka. Latih tubi tersebut dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang yang telah diberikan oleh guru mereka.
|
Aktiviti |
Pelajar diberi bantuan dan tunjuk ajar bagaimana untuk memasukkan laman sesawang yang telah diberikan oleh guru mata pelajaran mereka untuk membuat latih tubi secara atas talian. Sebelum mereka menjawab soalan, mereka perlu mendaftar akaun masing-masing menggunakan emel mereka. Setelah berjaya mendaftar, baru pelajar tersebut dapat menjawab soalan tersebut. Guru mereka memberikan ruang untuk pelajar berbincang semasa menjalankan latih tubi secara atas talian namun, jawapan perlu dijawab sendiri oleh pelajar setelah selesai berbincang. Ini dapat meningkatkan pemahaman dikalangan mereka dan menggalakkan mereka memberikan pendapat dan apa yang difahami bagi subjek tersebut.
|
Gambar Di Sini |
Tarikh & Hari | : | 20 Jun 2018 (Rabu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tenghari |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 1 orang |
Tujuan |
Seorang usahawan perkhidmatan tuisyen Bahasa Arab dan Al-quran mempelajari asas untuk menghasilkan e-poster agar boleh diwar-warkan dan dipromosikan melalui group Whatsapp dan juga Facebook Group. Di samping itu juga, beliau juga membina laman halaman untuk perniagaannya melalui Facebook. Keadaan ini agar dapat menimbulkan rasa yakin pelanggan kepada perniagaannya.
|
Aktiviti |
Peserta bernama En Muhammad Isman mempelajari asas untuk menghasilkan e-poster hanya dengan menggunakan Power Point tetapi dalam masa yang sama menggunakan enjin carian bagi mendapatkan gambar latar belakang yang menarik untuk diletakkan ke dalam posternya. Setelah menghasilkan e-poster, En Muhammad Isman juga didedahkan dengan penggunaan Facebook Pages serta beliau meletakkan e-poster yang telah dihasilkan ke dalam Facebook Pages yang telah dibina nya.
|
Gambar Di Sini |