Tarikh & Hari  22 September 2018 (Sabtu) 
Masa  7.30 pagi - 2.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  254 orang 

 

Tujuan

  • Program ini dihadiri oleh Komuniti Kanchong Darat,pelajar-pelajar, penduduk setempat,kanak-kanak dan ibu bapa. Program ini bertujuan mempromosikan Pusat Internet dan Aplikasi Dashboard Komuniti yang digunakan di Pusat Internet.

Aktiviti 

  • Antara aktiviti ialah mencari keahlian baru Pusat Internet, muat turun aplikasi Dashboard Komuniti, pemeriksaan kesihatan, pertandingan Donkey Kad,Cari Benda Tersembunyi,Tayangan Video Klik Dengan BijakBuli Siber & e-Waste, Sukaneka,Kuiz Kahoot,Kuiz Mykomuniti,Pertandingan Playdoh untuk kanak-kanak,pameran FAMA,Pustakaan Desa,TM.Pertandingan Robotik & KelasUsahawan Googlesite.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  21 September 2018 (Jumaat) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  13 orang 

 

Tujuan

Bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar sekolah rendah seramai 13 orang dengan bertujuan untuk menyertai pertandingan pada Hari Bersama Komuniti, peserta jugak dapat menambah ilmu baru berkaitan pemasangan lego robotik disamping meluaskan lagi penggunaan aplikasi komputer

 

Aktiviti 

Peserta diberi penerangan akan ilmu Asas Robotik LEGO. Tenaga pengajar akan mempekenalkan komponen-komponen yang akan digunakan sepanjang bengkel ini. Peserta akan diberi arahan lengkap bagi pemasangan robot Lego dan pengaturcaraan robot LEGO. Peserta memulakan pemasangan robot dibawah pemerhatian Tenaga Pengajar. Peserta dapat mengikuti bengkel dengan baik dan berharap Pusat Internet dapat mengadakan bengkel seperti ini di lain hari.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  10 September 2018 (Isnin) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  1 orang 

 

Tujuan

Seorang remaja lelaki berbangsa india telah meminta bantuan petugas untuk membantu beliau dalam penghasilan Resume agar boleh dihantar kepada mana - mana syarikat yang mempunyi jawatan kosong sebagai permohonan mencari perkerjaan, Dengan menggunakan Ms Office Word sebagai medium untuk menyiapkan Resume permohonan beliau.

 

Aktiviti 

Dengan menggunakan Ms Office Word sebagai salah satu cara untuk menghasilkan Resume permohonan, beliau juga menggunakan carian di Google untuk mencari rangka format Resume permohonan bagi melengkapkan Resume tersebut. Maklumat peribadi,pengalaman dan bukti-bukti telah dibawa olehnya ke Pusat Internet agar boleh dimasukkan ke dalam Resume yang dilakar.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  21 September 2018 (Jumaat) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  15 orang 

 

Tujuan

Seramai 15 orang penduduk setempat telah hadir ke kelas usahawan Googlesite untuk mempelajari bagaimana hendak meningkatkan lagi perniagaan peserta,peserta akan membelajari cara membuat satu website menggunakan google dan E-mel sahaja. Pembantu dan Pengurus Pusat Internet akan membantu mereka bagi memudahkan peserta-peserta pelajarinya.

 

Aktiviti 

Memberi peluang kepada usahawan untuk menaip maklumat perniagaan ke dalam Ms Offic Word supaya boleh di promosikan ke dalam portal. Memperkenalkan kepada usahawan penggunaan Googlesite bagi promosi perniagaan. Memberi peluang kepada usahawan untuk memasukkan gambar,maklumat dan harga ke dalam Website yang peserta ciptakan.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  6 September 2018 (Khamis) 
 Masa 3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet  Kanchong Darat 
Peserta 9 Orang 

 

Tujuan 

Seramai 9 orang kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat telah mengikuti program advokasi yang dijalankan di Pusat Internet Kanchong Darat. Mereka akan diberi kesedaran di kalangan kakitangan yang majoriti memiliki telefon pintar dalam modul Maklumat Palsu, Perkongsian Berlebihan, Pembulian Siber dan Mobile e-Waste.

 

Aktiviti 

Peserta diberi taklimat kesedaran berkenaan etika semasa menggunakan teknologi maklumat sambil penerangan tambahan berkenaan Mobile e-Waste. Terdapat sesi soal jawab antara peserta dan petugas serta kepada yang berjaya menjawab soalan daripada petugas, mereka akan diberi cenderahati.

 

Gambar Disini