Tarikh & Hari  05 September 2018 (Rabu) 
 Masa 3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta 7 Orang 

 

Tujuan

Seramai 7 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Unwanus Saadah (SAMUS) hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat untuk menjalani latihan perekodan perniagaan dan dibimbing oleh guru subjek Perakaunan dengan menggunakan perisian Ms Office Excel 2010. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi mengasah kemahiran pelajar dalam menggunakan aplikasi MS Office Excel dalam merekodkan urusniaga perniagaan yang telah dipelajari.

 

Aktiviti 

Setiap pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil jurusan perakaunan perlu mengikuti kursus amali dan latihan menggunakan MS Office Excel bagi merekodkan urusan perniagaan yang melibatkan transaksi - transaksi di dalam persoalan buku dan latihan yang dilakukan mengikuti buku latihan. Segala kerja perekodan ini perlu dibuat melalui MS Office Excel.

 

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  05 September 2018 (Rabu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet  Kanchong Darat 
Peserta  2 orang 

 

Tujuan 

2 orang peserta wanita dewasa meminta bantuan petugas Pusat Internet untuk menyiapkan tugasan modul yang telah diberikan kepada peserta melalui emel atas talian .Tujuan aktiviti ini diadakan bagi membantu dan membuatkan peserta wanita terbabit menggunakan MS Office Word dengan kaedah yang betul dalam menyiapkan tugasan peserta.

 

Aktiviti 

Peserta membuka aplikasi Ms Office Word dan menaip mengikut soalan yang diutarakan di dalam emel yang pserta dapati. Namun, terdapat penggunaan fungsi - fungsi di dalamnya yang masih belum dikuasai oleh peserta ini. Disebabkan oleh itu, peserta meminta petugas untuk membantunya dalam fungsi yang masih belum difahaminya. Namun demikian, peserta dapat menyiapkan soalan tugasan yang telah diberikan.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  04 September 2018 (Selasa) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengahari 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  2 orang 

 

 

Tujuan 

2 orang peserta wanita dewasa telah hadir untuk menyambung mengikuti kelas Asas Microsoft Word Office . Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk menambahkan lagi kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word Office  serta membiasakan penggunaan di dalam Microsoft Word Office.

 

Aktiviti 

Peserta mempelajari fungsi-fungsi di dalam Microsoft Word Office seperti menggunakan Insert picture,table,paragraph,font dan text box di samping itu peserta diberi latihan dengan menjalani latihan amali terlebih dahulu. Peserta menggunakan sepenuhnya fungsi untuk menyiapkan latihan yang telah diberi. Petugas membantu peserta sekiranya beliau terdapat kesulitan dalam memahami latihan tersebut.


Gambar Disini

 

Tarikh & Hari 04 September 2018 (Selasa) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  15 orang 

 

Tujuan

Seramai 15 orang pelajar Sekolah Menengah Unwanus Saadah membuat latih tubi berdasarkan kepada asas yang telah ditunjukkan oleh Guru subjek mereka. Pelajar sekurang-kurangnya dapat menghasilkan satu perekodan perniagaan yang dapat membantu mereka memahami penggunaan fungsi -fungsi yang terdapat di dalam MS Office Excel dan dalam masa yang dapat menggunakannya dalam menghasilkan folio yang lengkap hanya dengan menggunakan MS Offce Excel.

 

Aktiviti 

Guru akan membantu pelajar yang masih belum menguasai penggunaan MS Office Excel namun pelajar masih perlu menyiapkan sekurang-kurangnya satu latihan yang menunjukkan bahawa mereka boleh membuat latihan tersebut tanpa bantuan dan dalam masa yang sama memahami penggunaan MS Office Excel dalam perekodan perakaunan. 

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari 03 September 2018 (Isnin)
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  12 orang 

 

Tujuan 

Seramai 8 orang pelajar tingakatan 4 Sekolah Menengah Unwanus Saadah hadir ke Pi1M Kanchong Darat untuk mempelajari kaedah manghasilkan laporan kewangan menggunakan Ms Office Excel untuk dihantar kepada guru. 

 

Aktiviti 

Pelajar didedahkan dengan fungsi-fungsi asas di dalam Ms Office Excel dan mereka diajar oleh Guru Perakaunan mereka.Di samping itu, petugas membantu dalam menunjukkan kepada pelajar sekiranya mereka tidak memahami  penggunaan Ms Office Excel. Pelajar juga didedahkan dengan program kesedaran etika penggunaan internet.

Gambar Disini