Tarikh & Hari  09 Oktober  2018 (Selasa) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta  1 orang

 

Tujuan

  • Seorang wanita melayu telah datang ke Pusat Internet untuk meminta Petugas Pusat Internet membantunya dalam pembelajari asas Ms Word Office. Kelas dimulakan dengan mempekenalkan komputer dan fungsinya, Peserta juga diajar menggunakan Microsoft Office dan kepentinganya. Kelas mengfokuskan asas setiap Microsoft Office kepada peserta.

Aktiviti 

  • Peserta juga mempelajari cara membuat folder di Desktop,cara membuat surat rasmi dan surat tidak rasmi,cara menaip artikal,membuat jadual dan menukar jenis Font dan saiznya, Dengan bantuan petugas Pusat Internet.

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  10 Oktober  2018 (Rabu) 
Masa  11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi  SK Kampung Jawa
Peserta  223 orang

 

Tujuan

  • Seramai 223 orang pelajar SK Kampung Jawa telah menghadiri taklimat berkenangan Klik Dengan Bijak. Taklimat tersebut di sampaikan oleh Pengurus PI Kota Raja,PI Kampung Kundang,PI Kampung Labohan Dagang, PI Telok Panglima Garang,PI Kanchong Darat dan PI Kampung Sungai Judah. Taklimat disampaikan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang kebaikan dan juga keburukan penggunaan internet.

Aktiviti 

  • Selain menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak, Penceramah turut menyediakan beberapa aktiviti seperti soal jawap kuiz KDB bersama pelajar,tayangan video berkaitan KDB, serta permainan antaranya Radio Rosak dan Ice Breaker. Permainan dan aktiviti dibantu oleh guru dan jugak Pengurus PI yang lain..

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  06 Oktober  2018 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi  SK Seksyen 27/1
Peserta  52 orang

 

Tujuan

  • Seramai 52 orang Ibu bapa kepada pelajar SK Seksyen 27 Shah Alam telah menghadiri taklimat berkenangan Klik Dengan Bijak. Taklimat tersebut di sampaikan oleh Pengurus PI Kanchong Darat dan Pengurus PI Kota Raja. Taklimat disampaikan bagi memberi kesedaran kepada Ibubapa mengenai kecanggihan teknologi masa kini kepada anak-anak.

Aktiviti 

  • Selain menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak, Penceramah turut menyampaikan modul lain antaranya ialah Online Grooming,Cyber Stalking,Sexting dan Ketagihan Gajet. Bukan itu sahaja, Ibu bapa turut mendengar taklimat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG).

Gambar Disini

 


 

Tarikh & Hari  05 Oktober 2018 (Jumaat) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  8 orang 

 

Tujuan

Seramai 8 orang pelajar dari Sekolah Menengah Agama telah hadir ke kelas E-pembelajaran,tujuan kelas ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar  menjawap kuiz dari portal toturial atas talian iaitu QUIZIZZ.  Kelas ini dijalankan dengan bantuan dari guru pelajar tersebut.

 

Aktiviti 

Pelajar-pelajar diberi penerangan ringkas cara penggunaan aplikasi tersebut,di dalam aplikasi QUIZIZZ terdapat soalan-soalan terdiri daripada subjek bahasa melayu,bahasa ingglish,matematik dan sains untuk sukatan pembelajaran Tingkatan 2. Pelajar-pelajar jugak boleh mengulang kaji pelajaran,menjawap soalan-soalan kuiz dan sokakata.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  29 September 2018 (Sabtu) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  Kem El Azhar,Morib
Peserta  40 orang 

 

Tujuan

  • Seramai 40 orang peserta Program Advokasi Kluster (Kuala Langat) telah menyertai ceramah di Kem Al Azhar. Ceramah telah disampaikan oleh petugas-petugas Pusat Internet Kluster Kuala Langat, Para peserta diberi pendedahan tentang berita palsu musuh negara,ciri-ciri berita palsu,kaedah mengatasi penyebaran berita palsu dan kesan penyebaran berita palsu.

Aktiviti 

  • Peserta juga mengikuti aktiviti ice breaking dan kuiz mengenai berita palsu, Sesi ice breaking ini adalah bertujuan menunjukkan cara bagaimana penyebaran berita palsu boleh berlaku sekiranya seseorang individu itu tidak mendapat maklumat yang tepat. Peserta juga diberi peluang untuk menonton video-video yang berkaitan dengan berita palsu,buli siber dan sebenarnya.my.

Gambar Disini