Tarikh & Hari  22 Oktober 2018 (Isnin) 
Masa  3.00 petang - 4.30 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  31 orang  

 

Tujuan

Seramai 31 orang pelajar Tingkatan 5 Zamrud, Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah (SAMUS) telah menghadiri kelas Latih Tubi Sejarah Tingkatan 5 melalui aplikasi Quizizz.com . Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana kefahaman pelajar di dalam subjek Sejarah sempena Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

 

Aktiviti 

Pelajar diberi satu nombor bagi mengikuti latihan di atas talian dan terdapat juga pelajar yang berkongsi komputer dan perbincangan boleh dijalankan sesama mereka kerana soalan bagi setiap komputer tidak sama. Maka tiada yang dapat meniru. Ada juga latihan yang menggunakan masa ada terdapat juga latihan yang tidak menggunakan masa. Guru bimbingan mereka iaitu Cikgu Ahmad Saiful Anwar memberi bimbingan kepada pelajar yang mempunyai masalah dalam memahami soalan yang diberikan. Pelajar ternyata menyukai apabila menggunakan aplikasi Quizizz.com di dalam pembelajaran mereka.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari : 22 Oktober 2018 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Seorang pelajar Sekolah Rendah telah menghadiri Pusat Internet untuk menjalani latih tubi subjek Bahasa Inggeris melalui aplikasi VLE Frog yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah kepada setiap pelajar. Tujuan penggunaan VLE Frog ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam menguasai penggunaan kosa kata Bahasa Inggeris.

 

Aktiviti

Pelajar memasukkan kata nama dan kata laluan mengikuti laman sesawang yang telah pihak sekolah berikan. Setiap pelajar mempunyai id yang tersendiri dan guru boleh mengetahui pelajar yang telah menjalankan latih tubi melalui VLE Frog. Terdapat pelbagai kaedah di dalam VLE Frog antaranya permainan, kuiz, dan sebagainya yang dapat membantu pelajar untuk memahami konsep sesebuah subjek. Pelajar juga tertarik dengan kaedah yang lebih interaktif dengan menggunakan VLE Frog ini.

 

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari : 19 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 3 orang 

 

Tujuan

Tiga orang pelajar Sekolah Menengah Agama Unwanus Saadah (SAMUS) hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat bagi mengikuti e-Pembelajaran iaitu 'Green Tech Online Training' tetapi melalui latihan secara Video Conference.

 

Aktiviti

Peserta terlibat akan memasuki link yang telah diberikan kepada mereka dan mereka akan menjawab soalan dan serba sedikit menjalani latihan dan mengikuti video konferen yang dilakukan bersama peserta-peserta dari Sekolah Menengah di sekitar Kuala Langat yang menyertai program ini juga. Perbincangan adalah sekitar berdasarkan subjek Sains. 

 

Gambar Di Sini

 


Tarikh & Hari : 20 Oktober 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta : 19 orang 

 

Tujuan

Seramai 19 orang usahawan di kalangan Industri Kecil Sederhana (IKS) kawasan Dun Morib mengikuti Bengkel Keusahawanan AgroBazaar Online yang dijalankan di Pusat Internet Kanchong Darat dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya(PWB) Dun Morib. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan dikalangan ushawan dengan modul-modul yang diterangkan oleh pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), En Ahmad Fauzee Mohd Ali.

Aktiviti

Peserta terlibat pada mulanya diminta untuk membawa logo syarikat masing-masing namun masih ada yang tidak membawa logo kerana tidak mempunyai. Tetapi, penceramah mengambil inisiatif untuk bersama-sama peserta untuk menghasilkan logo sendiri dengan menggunakan aplikasi canva.com. Masa yang diambil oleh peserta untuk menghasilkan logo syarikat mereka adalah sebanyak dua jam. Kemudian, baru usahawan diperkenalkan dengan sistem AgroBazaar Online dengan perlu melengkapkan maklumat produk, logo dan gambar produk serta keterangan yang diperlukan. Sekiranya terdapat kesilapan, produk mereka tidak akan dipaparkan ke dalam sistem tersebut.  

Gambar Di Sini

 

Tarikh & Hari  11 Oktober  2018 (Khamis) 
Masa  3..00 petang - 5.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong
Peserta  1 orang

 

Tujuan

  • Seorang usahawan belia telah datang ke Pusat Internet untuk menghadiri kelas membuat Blogger, Kelas ini bertujuan untuk meluaskan lagi produk peserta ke seluruh negeri. Selain daripada itu,ia boleh mengalakkan peserta mempelajari dan mempunyai pengetahuan untuk membina laman web sendiri dengan percuma.

Aktiviti 

  • Untuk kelas ini,peserta harus mempunyai email (gmail) untuk memulakan dan login ke dalam blogger, seterusnya mengikut langkah yang disediakan dalam setiap modul dalam membina Blogger.

Gambar Disini