Tarikh & Hari | : | 23 Julai 2024 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : | Perpustakaan Banting |
Peserta | : | 10 orang |
Tujuan |
Pada hari tersebut untuk peringkat pelajar kolej komuniti. NADI Kanchong Darat mengadakan aktiviti Origami. Seramai 10 orang telah mendaftar bagi menyertai aktiviti Origami tersebut. |
Aktiviti |
Peserta hanya perlu mengikut cara-cara yang NADI sediakan untuk membuat origami. PEDi telah sediakan sebanyak 3 bentuk origami. Yang paling kemas dan cantik akan dikira sebagai origami yang paling kreatif. |
Tarikh & Hari | : | 21 Julai 2024 (Ahad) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : | NADI Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Tujuan kelas ini dijalankan adalah bagi melatih dan mendidik para pelajar dalam menghasilkan sesuatu kraf dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan berpandukan kepada pembelajaran atas talian seperti Youtube dan sebagainya. |
Aktiviti |
Seperti kebiasanya sebelum memulakan sebarang aktiviti dan kelas, para peserta didedahkan kepada kempen berterusan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB). Sebagai permulaan kelas, para peserta dipertontonkan kepada beberapa klip video tutorial penghasilan sesuatu kraf yang berasaskan kertas di aplikasi Youtube.com. Peserta kemudianya diberikan penerangan ringkas tentang kraf yang bakal dicipta menggunakan peralatan dan bahan-bahan yang disediakan. Peserta juga diajarkan secara langpkah demi langkah sehingga terhasilnya kraf yang berasaskan kerta warna yang menarik. |
Tarikh & Hari | : | 18 Julai 2024 (Khamis) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : | NADI Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah rendah. Tujuan bengkel ini diadakan supaya pelajar dapat mempelajari mengenai pembelajaran dalam subjek sains di Youtube. Dengan ini dapat membantu pelajar sekolah mencari video berkenaan dengan pembelajaran di sekolah. Selain itu membantu mencari video ilmuan dan mendapat pengetahuan luas. |
Aktiviti |
Peserta membuka laman sesawang Youtube dan membuka video mengenai pembelajaran dalam subjek sains tahun 1 dan dibantu oleh petugas. |
Tarikh & Hari | : | 20 Julai 2024 (Sabtu) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : | NADI Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memenuhi aktiviti mingguan peserta yang terluang pada masa cuti. Peserta diberikan beberapa kertas untuk diwarnakan dan peserta diminta untuk membawa warna pensil sendiri. |
Aktiviti |
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mempromosikan NADI, membuat aktiviti mewarna poster dan merapatkan lagi hubungan petugas dengan komuniti. |
Tarikh & Hari | : | 16 Julai 2024 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : | NADI Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Bengkel kali ini dihadiri oleh 10 orang penduduk setempat untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai Touch n Go eWallat. Bengkel ini dijalankan secara atas talian dan penerangan yang diberikan oleh penceramah luar. Peserta akan mendapat serba sedikit ilmu yang sangat berguna kelak. |
Aktiviti |
Peserta diberikan taklimat ringkas mengenai touch n Go eWallet. Peserta akan diajarkan cara dan fungsi untuk menggunakan applikasi tersebut. |