Tarikh & Hari  08 Ogos 2024 (Selasa) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  2 Orang 

 

Tujuan 

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membantu ibubapa yang ingin mendaftar anak mereka ke tahun 1 untuk sesi 2024/2025. NADI Kanchong Darat mengambil insiatif untuk mengadakan satu bengkel pendaftaran tahun 1.

Aktiviti 

Petugas NADI menerangkan cara pengisian pendaftaran tersebut. Petugas NADI menerangkan terperinci untuk bahagian kesihatan yang perlu ibubapa mengisi. Petugas menerangkan cara untuk mencipta kata laluan yang diperlukan. Memberi pendedahan kepada ibubapa yang tidak mahir dalam IT kepada pengenalan ICT kepada mereka. Memberi pendedahan kepada cara pengisian pendaftaran secara atas talian. Melahirkan pengguna yang celik ICT dikalangan ibubapa.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  04 Ogos 2024 (Ahad) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Aktiviti Lambaian Kaabah bertujuan memberikan pemahaman praktikal kepada peserta tentang ibadah haji. Aktiviti ini akan melibatkan pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini diharapkan dapat memperkukuhkan pemahaman peserta tentang haji serta memberikan pengalaman melakukan diy holy kaabah.

Aktiviti 

Peserta diberikan bahan-bahan untuk membuat DIY Holy Kaabah dengan menggunakan kertas. Peserta juga diberikan tayangan Youtube tentang membuatnya. Peserta melakukan DIY tersebut dengan lancar dan kemas atas bantuan petugas-petugas NADI.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  01 Ogos 2024 (Khamis) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  1 Orang 

 

Tujuan 

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar asas utama di dalam microsoft office iaitu menggunakan program MS Word. Peserta yang terdiri daripada murid sekolah rendah mempelajari asas untuk kegunaan mereka di sekolah.

Aktiviti 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti memberi latihan menggunakan MS Word di mana peserta akan diajar cara-cara untuk memasukkan dan mengedit gambar ke dalam fail yang tersedia. Selain itu, peserta juga diber latihan cara untuk memasukkan teks ke dalam gambar yang sedia ada.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  03 Ogos 2024 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  10 Orang 

 

Tujuan 

Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan unutuk meningkatkan pengetahuan peserta sambil mengambil iktibar di atas pengorbanan dalan melakukan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan datang.

Aktiviti 

Peserta perlu menjawab kuiz berkaitan ibadah korban online di dalam pautan yang diberikan dan peserta diberikan tayangan video di pautan Youtube berkaitan dengan ibadah korban.

Gambar Disini


 

Tarikh & Hari  27 Julai 2024 (Sabtu) 
Masa  10.00 pagi- 12.00 tengah hari
Lokasi  NADI Kanchong Darat 
Peserta  10 orang 

 

Tujuan 
Seramai 10 orang pelajar sekolah rendah telah mendaftarkan diri untuk menyertai bengkel Stem IoT. Bengkel ini bertujuan untuk mengembangkan minda peserta dalam mencipta sebuah telefon pintar iaitu Iphone.
Aktiviti
Peserta akan diminta untuk melayari laman sesawang Neal.fun dan memilih design the next iphone. reka bentuk iphone adalah berdasarkan kreativiti masing-masing.

Gambar Disini