Tarikh & Hari 5 Julai 2018 (Khamis) 
Masa 3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi   Pusat Internet Kanchong Darat
Peserta  3 orang 

 

Tujuan 

Tiga orang pelajar Sekolah Menengah Batu Laut yang berada di Tingkatan 3 meminta bantuan petugas untuk membantu mereka dalam mencari maklumat berkenaan subjek Geografi dengan menggunakan internet untuk dimasukkan maklumat tersebut kedalam folio yang perlu dihasilkan oleh setiap pelajar Tingkatan 3. Dengan pencarian maklumat menggunakan enjin carian ini, pelajar mendapat kepelbagaian maklumat setelah menjalankan carian maklumat menggunakan enjin carian dan ia mencukupi bagi menghasilkan folio mereka.

 

Aktiviti 

Peserta diminta untuk membuka enjin carian melalui Chrome dan menaip kata kunci untuk dicari. Peserta perlu mencari maklumat berkenaan pertanian atau perlaadangan sama ada kelapa sawit atau yang berkaitan dengan tajuk yang telah diberi oleh guru mereka. Dengan menggunakan kata kunci yang ditaip, pelbagai maklumat yang muncul dan mereka mengambil maklumat tersebut sambil mengambil sumber untuk dimasukkan ke dalam rujukan folio mereka. Dalam masa yang sama, peserta ditunjuk bagaimana untuk menyimpan gambar dari enjin carian dan gambar tersebut dimasukkan ke dalam pendrive yang dibawa oleh mereka. Gambar ini akan digunakan di dalam folio yang akan dihasilkan nanti. 

 

Gambar Di Sini