Tarikh & Hari 10 Julai 2018 (Selasa) 
Masa  3.00 petang - 5.00 petang 
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  8 orang 

 

Tujuan

Lapan orang pelajar dari Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah telah hadir ke Pusat Internet Kanchong Darat bagi menyiapkan tugasan yang telah ditugaskan oleh Guru Pengurusan Perniagaan mereka. Mereka perlu mencari dan mencipta sebuah perniagaan dengan maklumat berkenaan perniagaan yang ingin mereka tubuhkan. Panduan yang diberikan oleh guru mereka, boleh merujuk kepada buku teks dan juga internet. 

 

Aktiviti 

Peserta menggunakan enjin carian sebagai salah satu medium untuk mendapatkan maklumat berkenaan perniagaan yang mereka tubuhkan agar tidak tersalah maklumat kerana maklumat ini akan digunakan sehingga mereka mencipta Rancangan Perniagaan. Perbincangan bersama - sama rakan sekelas digalakkan oleh guru dan mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk mempunyai maklumat perniagaan yang sama. Dengan menggunakan aplikasi Ms Office Word di komputer Pusat Internet Kanchong Darat,  mereka dapat mencipta perniagaan yang diingini dan akan dimasukkan ke dalam folio yang akan dihasilkan kemudian. 

 

Gambar Di Sini