Tarikh&Hari  15 Disember 2018(Sabtu) 
Masa  7.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi  Pusat Internet Kanchong Darat 
Peserta  100 orang

 

Tujuan 

Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kanchong Darat dianjurkan bagi memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung, agensi yang terlibat, dan NGO bagi mewujudkan komuniti sihat serta untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Seramai 100 orang pengunjung yang terlibat bagi menjayakan program Jom Sihat Bersama Pusat Internet Kanchong Darat. 

Aktiviti 

Program bermula seawal jam 7.30 pagi dimana sukarelawan berkumpul dan mula menyusun kerusi bagi program pagi hari iaitu Ceramah. Disamping itu juga, sukarelawan bertugas menyiapkan meja bagi sesi pendaftaran pengunjung dan peserta bagi pertandingan dan aktiviti yang dijalankan semasa program ini dijalankan. Aktiviti yang dijalankan pada jam 8 pagi adalah Berjalan Seribu Langkah diikuti dengan Ceramah Penjagaan Gigi dalam masa yang sama Pemeriksaan Gigi, Pemeriksaan Kesihatan dan Pemeriksaan Mata dijalankan serentak. Setelah ceramah, aktiviti gosok gigi beramai-ramai oleh peserta berumur 4 sehingga 6 tahun bagi memberi kesedaran kepada mereka bagaimana untuk memberus gigi dengan cara yang betul.

Aktiviti dan pertandingan yang berjalan seterus nya adalah Mewarna secara online dan offline serta Pertandingan Senamrobik 'TEacherobik' Youtube. Setelah itu, pertandingan Word Search Online dari pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah, Pertandingan Musang Berjanggut serta Pertandingan Penyediaan Sandwich Sihat Youtube.  Setelah selesai aktiviti dan pertandingan, terdapat satu lagi ceramah berkenaan kesihatan. Pada jam 12.30 tengahari, Ketua Kampung merasmikan program sambil memberi hadiah kepada pemenang yang terlibat.

Gambar Di Sini