Tarikh&Hari | : | 19 November 2020 (Khamis) |
Masa | : | 10.00 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Bengkel pengenalan internet (youtube) diadakan bertujuan memberi pendedahan dan membuka ruang kepada peserta untuk belajar ilmu pengetahuan asas berkaitan dengan dunia internet khususnya cara menggunakan youtube bagi menjana pendapatan sampingan. Bengkel ini turut memberi pendedahan kepada mereka tentang keperluan menggunakan youtube dengan bijak dan memanfaatkan untuk kegunaan pembelajaran mereke. |
Aktiviti |
Melibatkan golongan belia dan dewasa, petugas memberi taklimat ringkas fungsi youtube dan bagaimana menggunakan aplikasi ini. Petugas juga turut memberi taklimat ringkas tentang penggunaan internet dengan bijak serta cara mengendalikan komputer dengan cara yang betul. |
Tarikh&Hari | : | 18 November 2020 (Rabu) |
Masa | : | 2.30 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 7 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini bertujuan untuk mengalakkan para peserta mahir dalam menggunakan perisian komputer Microsoft Powerpoint dengan mendedahkan cara dan kaedah untuk mencipta video animasi menggunakan Microsoft Powerpoint. |
Aktiviti |
Bengkel bermula dengan penerangan dan taklimat ringkas daripada petugas. Kemudian peserta diajar oleh petugas cara dan kaedah untuk mencipta video animasi menggunakan Microsoft Powerpoint. |
Tarikh&Hari | : | 17 November 2020 (Selasa) |
Masa | : | 10.00 pagi- 11.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Bengkel secara atas talian ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta bagi mengisi masa yang terluang semasa pandamic yang telah melanda negara kita. Bengkel hari ini membantu peserta bagaimana cara untuk merekod video di skrin Desktop PC atau laptop. |
Aktiviti |
Peserta terlebih dahulu harus memuat turun aplikasi tersebut. Petugas menunjukkan cara untuk merekod video dengan cara yang betul dan mudah. |
Tarikh&Hari | : | 18 November 2020 (Rabu) |
Masa | : | 10.00 pagi- 11.30 pagi |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 10 Orang |
Tujuan |
Bengkel secara atas talian ini bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada peserta bagi mengisi masa yang terluang semasa pandamic yang telah melanda negara kita. Bengkel hari ini ingin memperkenalkan dan mempelajari aplikasi Google Slide secara atas talian kepada peserta. |
Aktiviti |
Petugas PIK telah memperkenalkan aplikasi Google Slide kepada pengguna dengan memberi penerangan serba sedikit mengenai Google Slide serta memberi tunjuk ajar cara-cara membuat slide presentation dengan menggunakan Google Slide. |
Tarikh&Hari | : | 08 Oktober 2020 (Khamis) |
Masa | : | 10.00 pagi- 1.00 petang |
Lokasi | : | Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : | 15 Orang |
Tujuan |
Bengkel ini bertujuan untuk membuat ujian melalui pelaksanaan pentaksiran kompetensi dan literasi sains, matematik dan bacaan yang berasaskan komputer bagi pelajar Sekolah Agama Menengah. Oleh yang demikian, aktiviti ini dijalankan di Pusat Internet kerana kemudahan komputer dan internet yang ada disediakan. Bengkel ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara pihak sekolah dengan Pusat Internet melalui kerjasama kemudahan tempat kepada para pelajar dan guru untuk melaksanakan aktiviti atau program yang berasaskan penggunaan komputer dijalankan di Pusat Internet. |
Aktiviti |
Bengkel ini dibawah bimbingan guru ICT sepanjang bengkel dijalankan petugas PI turut membantu dari segi penyediaan tempat. Bengkel ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak. |